Segala pujian hanya untuk Allah..sebanyak-banyakknya pujian dan selayak-layak pujian hanya untuk Allah...Tuhan yang menciptakan kehidupan dan alam buana....bersama penciptaan itu pasti ada setiap hikmah yang terungkap dan mampu ditafsirkan oleh minda dan mata hati yang celik...
Allah mentadbirkan makhluk-makhluknya bagi melaksanakan tadbirNYA itu Ia menurunkan segala sebab dan (peraturan) dari langit ke bumi kemudian di angkat naik kepada pengetahuan NYA (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNYA itu untuk dihakimi NYA) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang bersalah ) banyak bilangan tahunnya mengikut hitungan masa kamu yang biasa... Yang demikian sifatnya ialah tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata ; yang Maha Kuasa lagi Maha mengasihani...
Meniti kehidupan seharian yang penuh dengan persoalan baharu, membuatkan kita termenung dan berfikir...di manakah nokhtar pencarian untuk melengkapkan sebuah kehidupan?? makin diselongkar, makin di temui tetapi tidaka akan sampai kepada destinasi penamat...
Kehidupan adalah satu pencarian yang berterusan dan beruntunglah bagi manusia yang cuba mencari menggunakan konsep hikmah....setiap persoalah dan ujian dalam perjalanan kehidupan akan dilihat melaui konsep hikmah...
Persoalan, megapa akau di uji?? mengapa ujian untuk diriku diberi seberat begini?? dan segala persoalah dalam kehidupan yang selalu kedengaran apabila diri telah penat melalui zaman getir...jika di beri pilihan mahu sahaja mengambil jalan singkat untuk keluar daripada segala masalah...mujur bentang iman mula menebal...mengimbau kembali, apa yang aku cari...
Merenung dan berfikir seketika....Ya...Ingatan kembali..pernah suatu masa aku meminta untuk dekat dengan Tuhan, aku minta untuk aku di tunjukkkan jalan hidayah menghampiri Rabb...maka aku sebenarnya beruntung kerana aku terpilih mendapat perhatian Rabb ku....
Aku dahulu seorang yang terkesima dengan dunia..sering berfikir dan mencari makna kehidupan sebenar-benarnya....aku lihat kiri dan kanan ku, aku lihat mereka yang tidak kering keringat dengan dunia...mereka ada segala-galanya...aku cuma lihat dan aku katkan...segala-galanya apa yang aku cari...aku tidak melihat raut bahagia di wajah mereka....harga senyuman terlalu mahal untuk mereka beri...apatah lagi bila berhadapan dengan diriku yang serba miskin...mereka rela menyorok makanan daripada memberi kerana takut akan kehabisan...
Aku cuma terkebil-kebil memandang dan bila memandang kepada pilihan, aku tahu ini bukan pilihan yang aku cari...
Meneruskan kehidupan dalam pencarian, langkahku tiba-tiba terhenti pada suatu keadaan yang berlaku ada seseorang, cukup tenang ku lihat iras wajahnya, tidak henti senyuman yang teruskir di bibi..dan aku yakin senyuman itu lahir dari hati yang cukup ikhlas....ku lihat hidupnya biasa-biasa sahaja...dalam serba kekurangan dia mampu untuk berkongsi dan memberi...makin aku dekati makin seronok ku rasa kan kehidupanku...aku mula meniti jalan bahagia dan aku mencari jawapan mengapa dia boleh sebegitu baik akhlaknya dalam keadaan serba kekurangan...
Halaman demi halaman kehidupan dia yang ku belek, ku menanti setiap beberapa ketika ia hadir ke masjid mengejar ruang bersama menghadap tuhan, ku lihat rezekinya murah walaupun pada zahirnya kehidupannya susah...Aku mula tahu jawapan bahawa jalan mendekatkan dengan tuhan ini yang aku cari, kerana aku cari bahagia abadi....
Ketika aku meminta untuk hampir dengan tuhan , Allah anugerahkan aku dengan sahabat dan persekitaran yang cukup membantu aku mengemudi jalan kehiduypan....ketika itu perasaaan yang mampu untuk aku lahirkan dalah tenang, bahagia dan gembira yang tidak terkata.....aku mula merasakan tempat pergantungan yang setiap detik dan ketika ada bersama...tidak perlu aku mencari manusia untuk membuka laluan sukar kehidupan...
Aku terus di uji dengan ujian yang bermatlamat untuk meningkatkan keimanan...sedikit demi sedikit aku belajar mengenal erti sabar...Sabar bukan sekadar menahan keingingan dan keperluan tapi dalam masa yang sama adalah mengingat setiap masa kita ada tuhan tempat bergantrung....Aku tahu apitan redha dalam menerima ujian, aku mula menyemai ikhlas dalam kehidupan, aku cuba membuang perasaan -perasaan yang membuatkan aku merasa henatr sedangkan aku sentiasa berada dalam orbit tuhan yang maha hebat....
Aku terus diuji...dan semakin kuat ujian itu, semakin aku melihat konsep hikmah yang berterusan...sehingga aku rasa tenang menanti jawapan demi jawapan yang sentiasa di rahsiakan dalam kehidupan...
Motivasi penguat diriku daripada Al-quran....Surah Ali Imran..
"Wahai orang-orang yang beriman,! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengetrjaklan perkara-perkara berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahannan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)
"
No comments:
Post a Comment