Wednesday, October 15, 2014

Kehidupan dan pilihan

Alhamdulillah....Pujian yang sebanyak-banyaknya kepada Allah yang memberi nikmat pernafasan dan pinjaman kehidupan buat hambanya....Besarnya kekuasaan Allah terhadap hambanya sehingga setiap sesuatu yang berlaku dalam alam buana ini tidak terlepas daripada pandagan dan perhatian Allah s.w.t....

Hari ini cerita tentang hati...

Kehidupan ini adalah sesuatu yang terlalu subjektif...Hidup adalah berkaiatan pilihan dan keputusan.... Bagimana memilih persoalan dalam kehidupan yang cukup-cukup membuat kita berpuas hati dan tenang dalam kehidupan?? sudah tentunya jalannya adalah istikharah...ketrana tidak akan menyesala orang yang beristikharah dan tidak akan rugi orang yang musyawarah....

Pilihan yang lebih fokus adalah pilihan tentang memilih pasngan kehidupan.....

Penulis seorang wanita, sudah tentu penulis akan menulis sesuatu yang mewakili wanita....

Perkara biasa apabila menjengah usia 20 an adalah berkaitan dengan jodoh, malah ketika di alam Universiti setiap kali berjumpa dengan seseorang sahabat, perkara yang di bincangkan pastinya berkisar tentang jodoh.....penulis sendiri tidak terlepas menjadi seperti mereka...

Walaubagaimanapun selepas meniti usia 25 tahun, isu ini kurang men jadi perhatian kerana pada usia ini kita mula dewasa untuk memikirkan bahawa satu masa dahulu apabila disebutkan tentang isu perkahwinan ianya merupakan satu isu yang seronok dan tidak memikirkan tanggungjawab secara total...

Tetapi kedewasaan dan pengalaman kehidupan mematangkan membuatkan kita bukan sahaja memikirkan tentang keseronokan, punyai tempat bergantung..malah lebih dari itu kita sudah mula memikirkan bagaimana strategi mengurus kehidupan berpasangan dan berkeluarga....

Saya mula melihat dan menggali cerita-cerita sejarah tentang kehidupan berkeluarga...bukan sahaja cerita bahagia hingga ke hujung nyawa sahaja yang di temui, malah cerita mendung di tengahhari juga merupakan banyak cerita yang menjadi tatapan untuk saya lalui dari sehari ke sehari...tambahan pula pengalaman sebagai kaunselor yang banyak mengendalikan pelbagai kes berkaiatan kehidupan antaranya adalah berkaitan rumah tangga yang menjadikan saya lebih berhati-hati dalam pemilihan....

Jika ketika remaja, kriterianya semata-mata pada kekacakan semata-mata, ianya mula berubah apabila meniti alam 20 an yang mana bukan hanya kekacakan yang dinilai...meniti usia semakin tinggi, buat kita berfikir....jika memilih sekadar kriteria luaran semata-mata, mungkin kita bukan meilih untuk bahagia, tetapi memilih untuk seronok dan bangga di hadapan orang lain yang masih belum berkeluarga...dan jika memilih hanya kriteria dunia sahaja, awapannya kita menempah tiket sementara untuk seronok tapi bukan bahagia...

Bagi sesetangah yang cuba menjaga kehidupan masa hadapan melalui zaman sekarang, mereka akan cuba menjaga banyak perkara...kerana pada mereka pemilihan bukan sahaja untuk bahagia dalam kehidupan perkahwinan semata-mata tetapi juga pemilihan untuk bahagia dalam kehidupan berkeluarga...kerana ada pendapat yang menyatakan, kita menerima balasan terhadap kesilapan yang kita lakukan dalam kehidupan percintaan melalui balasan ujian yang sukar terpaksa dilalui dalam kehidupan...

Lantaran itu, pemilihan demi pemilhan  akan terus dilakukan....Yang penting adalah kita tidak memilih seseorang hanya kerana kita mahu terlepas daripada kata-kata mulut yang tidak pernah berhenti megeji dan mencaci, dan kita tidak memilih seseorang atas asbab mahu bertanding siapa dahulu yang bakal mengakiri zaman bujang...

Bukan persoalan seiapa dahulu atau kemudian tetapi persoalan bagimana kita mengemudi bahtera kehidpan....

Dan dalam pemilihan kita tidak akan lari dari realiti kesilapan...tetapi jangan anggap itu sebgai balasan atau hukuman, cuma sekadar maklumbalas dari tuhan untuk kita lebih berhati-hati dalam pemilihan...

kerana apabila kamu memfokuskan untuk mencari orang yang baik dengan cara kamu memperbaiki diri, sudah asti kamu akan temui...tepai dengan ingatan bahawa orang baik itu banyak sekali dan hanya ada satu yang tepat...Selebihnya hanyalah ujian..kamu tidak pernah tahu siapa yang tepat sehingga datang hari akad..Tetaplah menjaga diri selayakknya menjaga orang yang paling berharga untuk kamu...Kerana kamu sangat berharga untuk seseorang yang sangat berharga buat mu nanti....

p/s dari semua sahabat: Sebagai wanita...carilah orang yang menyayangi kita berbanding yang kita suka padanya...keran selepas ia sah buat kita perasaan cinta itu boleh dipupuk...

1 comment:

  1. maaf atas kekurangan...diri ni tidak sempurna...banyak sangat kekurangan...artikel ini sekadar perkongsian dan perluahan....

    ReplyDelete