Tuesday, October 14, 2014

"Sunnatullah kehidupan"

Alhamdulillah....
Pujian buat Allah yang sebenar dan selayak-layaknya... Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi,yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap : dua, tiga, dan empat:; ia menambah pada rupa kejadian makhluk yang diciptakan NYA apa yang dikehendaki NYA. Sesungguhnya Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ap juga jenis rahmat yang dibukakan Allah terhadap manusia maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannnya; dan apa juga yang ditahan oleh Allah, tidak ada sesu8atu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dialah sahaja yang maha kuasa, lagi maha bijaksana...

Meneroka denau kehidupan ini penuh pencariaan...sehingga setiap kali kita terjumpa sesuatu, masih terasa ada sesuatu lagi yang di cari... Itulah hebatnya aliran cerita kehidupan yang tidak pernah berhenti berputar...Dan ketika perjanlanan ini berputar mencari arah ianya perlu kepada bimbingan dan bimbingan terbesar dalam kehidupan adalah Al-Quran dn sunnah RAsulullah s.a.w....

Ketika masih kanak-kanak dan  di bangku sekolah, kita mula mencari kawan-kawan dan cuba memahami persekitaran, pada kita ketika itu sesuatu yang seronok apabila kita mempunyai ramai kawan dan pengikut, kita mencari model untuk kita ikuti, sehingga semua bentuk personaliti yang terbentuk dalam diri kita adalah semata-mata peniruan...

Meniti alam remaja satu kesukaran...pertembungan antara sedikit ilmu bersama budaya dan trend adalah ujian untuk menguji kekuatan dalaman diri...Pertentangan antara pemilihan yang positif atau negatif dalam kehidupan, jika persekitaran yang menyokong sesuatu yang positif, kemungkinan besar kita akan memilih cerita positi, tetapi adakalanya juga perjalanan kehidupan tidak begitu...atas alasan mencuba, kita akan menceburkan diri dalam cerita negatif dan amat beruntung jika kita mampu menarik kembali caj-caj negatif untuk dineutralkan dan menerima caj positif dalam pembentukan personaliti kehidupan..

Dewasa...satu perjalanan kesukaran, semakin kita meniti usia, maka semakin besar dan berat ujian yang terpaksa dilalui...

Bermual fasa mencari personaliti diri....mengejar naluri atau mengejar trend dan tradisi?
diikuti fasa mencari pasangan peneman hidup yang menemani kehidupan hari-hari....tanggapan dan angan-angan mahukan semua yang boleh membawa diri dekat dengan tuhan dan membimbing diri, bermulalah saat kriteria di tabur-tabur, walhal qalam tuhan sudah jelas lagi bersuluh, sepertimana kita, sebegitulah pasangan kita...carilah diri dalam cinta tuhan untuk kita mendapatkan seseorang yang mencintai tuhan dengan sebenar-benar...kita mencari yang ikhlas dalam hati bukan yang sekadar pada pandangan nya  sahaja ikhlas, kerana kecantikan dan bentuk badan yang menarik mereka pertaruhkan, sehingga lupa itu semua ujian dan pinjaman seketika oleh tuhan, sehingga apabila Allah mengambil kembali nikmat yang dilihat indah dimata, hati mula menoleh ke sesorang yang lebih memenuhi citarasa, ketika itu mula merasa rugi yang tak terperi..

Mengganas dengan dunia illusi mengejar material sehingga mengenepi peraturan ukhrawi, kepenatan dan keletihan  yang membelenggu diri dari sehari hingga ke sehari, tiba masa merenung diri tertanya pada diri, gembira dan seronok yang akau cari atau aku mencari bahagia? jika bahagia yang di cari bukan begini caranya, bahagia bukan dikecapi dengan gelak ketawa dan senyum tidak-henti- henti, tapi bahagia itu kadang kala dalam tangis kita tersenyum...

Meniti fasa kehidupan terakhir diiringi dengan rasa sunyi dan getir, perlumbaan kehidupan sudah hampir sampai ke zaman penamat, menghitung kesalahan dan dosa yang masihkah sempat bertaubat, mencari ruang dan kesempatan meniti cinta tuhan dan ketika ini mungkin baru...Aku mengenal erti keseronokan dan kebahagiaan...

Walaupun sunyi, aku masih ada tuhan yang selalu bersama....

Inilah perjalanan sunatullah...

Ambil ikhtibar dsari kisah-kisah dahulu sebagimana yang tercatat dalam qalam melalui surah al-fatir...
"Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sesungguh-sungguh sumpahnya: demi sesungguhnya jika datang kepda mereka seorang rasul pemberti ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lebih betul jalan agamanya dari sebarang umat yang lalu. Tetapi selpas kedatangan seorang rasul, menyebabkan mereka semakin liar dari kebenaran sambil bersikap sombong terhadap rasul itu dan berusaha untuk melakukan sikap jahat. Maka rancangan jahat itu akan menimpa mereka kembali...maka kebinaasaan bagi mereka seperti mana yang menimpa orang-orang terdahulu sebelum mera...kerana inilah sunnatullah..."

Allah yang menciptakan manusia, masakan DIA tidak mengetahui sikap manusia....tetapi DIA jadikan semua cerita menerusi qalammnya untuk dijadikan pengajaran kehidupan..


Sebagai buktinya Allah tinggalkan kesan peninggalan sejarah kepada kita:
(Dan sebagai buktinya): tidaklah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara ke muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka, sedang orang itu lebih kekuatannnya daripada mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kesuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; Sesungguhnya Allah adalah maha mengetahui dan maha berkusa...

No comments:

Post a Comment