Alhamdulillah puji dan syukur buat tuhan semesta Allah..Rab yang mempunyai sifat kemuliaan dan kesempurnaan sesempurnanya...
Syulkur di beri kesempatanj untuk menulis kembali...kali ini dengan tekad dan kesungguhan kerana inilah peninggalan yang akan menjadi modal bermakna buat diri dan khalayak pembaca..
Menelusuri beberapa tahun dalam realiti kehidupan sebenar buat aku mengetahui bahawa impian dan kemudahan sebelum ini yang terpahat dalam minda bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjadi realati...Malah jalan realiti adalah jalan yang penuh dengan rasa pahit dan ketajaman duri untuk dilalui...
2013...Januari...aku secara rasminya menamatkan pengajian sarjana ku dalam bidang sains kaunseling...Inilah medan aku membina kekuatan dan mengenali diri secara mendalam...aku belajar mengenali reliti kehidupan selan gkah demi selangkah apabila aku berada di medan kehidupan sebenar...
Ketika diri bertarung dengan keperluan dan kehendak diri...ditambah dengan ketakutan bagaimana untuk megayuh sampanj kehidupan ini dalam masa memelihara amal, ilmu dan akhlak, tetapi Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk hambanya....
Aku mulakan langkah awalku dengan menjadi peniaga kuih muih....ketika ini aku rasakan betapa dekatnya hatiku sebagai hamba dengan pencipta...Aku memahami konsep berpagi-pagian, bersungguh-sungguh sedekah dan tawakkal...ini adalah satu keseronokan dan kebahagiaan...fdan ketika ini bukanlah masalah besar kerana semuanya seperti mudah bagiku...
Namun aku terpaksa untuk memulangkan kembali hak kepada tuannya...aku m ula mengembara mencari kehidupan....ketika itu aku mula mengenal erti sukar dan sesak....benar langkah ini bukan mudah...
Walaupun penuh halnagan di hadapan, aku perlu menjadi seperti air sungai yang terus bergerak dan mengalir secara berterusan dan tidak terbatas sehingga ia sampai ke muara....
No comments:
Post a Comment