Friday, August 11, 2017

Merdeka apabila semangat juga terbangkit

Salam Jumaat penuh barakah


11/8/2017

Hati terpanggil untuk menulis dan mengukir coretan di sini lagi...Biar pun ini hanyalah sebuah monolog dan apakalanya ia terbang begitu sahaja tanpa dibaca, tetapi berharap moga ia terus menjadi pahala apabila jasad sudah terkubur di bumi..

Syukur atas nikmat tuhan yang tidak pernah putus diberikan oleh hambanya..Tidak terkata dan tidak terbilang dengan jemari nikmat-nikmat itu semua...Biarpun ada masanya nikmat itu berselang seli dengan ujian yang hadir yang mendewasakan diri, tetapi, nikmat itu perlu disingkap dari tirai masalah moga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur..

Saat ini sudah pertengahan bulan Zulkaedah, saat ramai khaliful rahman memulakan perjalanan ada kalanya ada juga yang telah saapai memulakan ibadah di sana...Betapa bahagianya apabila jasad boleh sampai ke sebuah bumi yang diberkati. Betapa nukilan kisah anbiya' yang terbayang di minda boleh menitiskan air mata...masih terlalu kerdil diri ini mencari cerita di sebalik cerita...Walaupun ianya sebuah sejarah yang lepas yang amat jauh ditinggal kan tetapi ianya mampu untuk meninggalkan satu kesan pada hati yang sentiasa mencari jalan kebenaran.

Ia berbeza dengan sejarah yang dipelajari zaman sekolah, cerita tentang merdeka dan bagaimana menenang musuh serta bagaimana musuh menawan negara masih tidak dapat menusuk jauh ke dalam kalbu. Jiwanya masih longlai. 

Semangat perjuangan yang kuat hari ini dalam medan ilmu ini adalah kerana peristiwa sejarah di sebuah negara Anbiya' yang meninggal kesan yang cukup mendalam..

Lagi digali, lagi ditemui kebenarannya. 
lagi dibaca lagi dijiwai pesannya
lagi diamati lagi dalam pengajarannya

ia umpama cerita hidup, walaupun ianya hanya cerita sejarah kira- kira seribu empat ratus tahun yang lalu.

Beruntunglah insan-insan terpilih menjadi tetamu Allah di baitullah. Pergilah dengan seluruh jiwa dan raga, berilah seluruhnya dan pulanglah dengan seluruhnya, sama ada pulang jasad bernyawa ataupun tidak. 

Moga diri ini memperoleh peluang melangkah kai ke sana..
Hati ini terasa teramat rindu dengan tanah itu,
impian ini terlalu tinggi dengan sampainya diri di situ
Allah maha tahu apa yang terkandung dalam hati...

Moga sesaat lepas yang menjadi sejarah, kandungan saratnya penuh dengan doa dan pengharapan..Walaupun bukan hanya tarian papan kekunci yang menari dan mengungkap bait kata yang indah, tetapi dalamnya sarat dengan kandungan doa dan pengharapan... moga kita terpilih satu hari ke sana..

Kita semua ada impian ke sana!!


Norizan Yusof

Thursday, April 13, 2017

kisah pemadam dan pensil..

MARI PAKAT DENGAR KAWAN BERDUA NI DOK BALOH......
Seronok pulak baca cerita ni..😍
Perbualan antara pemadam dan pensil

📏Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu.

📏Kenapa?

✏Kerana aku benci kamu.
📏Kenapa engkau membenci aku?

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

📏Aku tidak padam melainkan yang salah!

✏Kenapa engkau sibuk?

📏Aku pemadam, ini kerjaku

✏Ini bukannya kerja!

📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.

✏Engkau salah dan sombong!

📏Kenapa?

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.

📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

📏Engkau masih bencikan aku?

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku

📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

📏Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

Sahabat-sahabatku sayang

Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.