Thursday, October 9, 2014

Inspirasi Penulisan

10 Oktober 2014

Segala piji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNYA (Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (Terpesong), (bahkan keadaanya tetap benar) dan menjadi pengawas; Turunnya Al-Quran untuk memberi Amaran  (Kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang berimanyang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Hari ini sekali lahi Allah tolakkan naluri untuk menulis kuat dalam diri sehingga jemari mampu menari di atas papan kekunci komputer menulis lahi dalam blog ini...

Sesungguhnya diri ini cukup kerdil dalam menghasilkan sesuatu cuma bergantung kepada Allah, Zat yang maha kaya untuk memberi ilham dan mood menulis.

Menulis lah...

Seperti qalam NYA....

Nuun..Demi Pena dan apa yang mereka tulis....

Benar-benar mengandungi satu makna yang cukup besar...Ini lah kuasa penulisan..

Penulisan mampu menjadi cerita biasa yang menjadi pengajaran,
Penulisan mampu membawa cerita sejarah kepada realiti,
Penulisan mampu membetulkan cerita palsu kepada fakta,
Penulisan mampu memberi satu pencerahan baharu
penulisan mampu mengubah corak pemikiran
Penulisan mampu menjadi satu ilmu baharu untuk diperkembangkan
Penulisan mampu menjado satu tinggalan yang digunakan
Penulisan mampu mematangkan pemikiran
Penulisan mampu memperkembangkan kreativiti dan imiginasi
Penulisan mampu meluahkan pengajaran daripada cerita kehidupan

Malah, banyak lagi kepentingan penulisan yang boleh mengubah individu dan pemikiran...,

Satu kata-kata yang pernah di ungkapkan olehseorang guru iaitu:

"Siapa kita empat tahun akan datang adalah ditentukan oleh apa yang kita baca dan dengan siapa kita berkawan"

Pesanan diri untuk menulis....

Ambillah kesempatan untuk menulis...
Ianya bukan hanya perliuahan, tetapi juga ketenangan dan penghampiran diri dengan tuhan...
Tulislah, keran ia penambah ilmu pengetahun, tetapi jangan pula dengan tulisan yang serba kekurangan merasa diri terlalu hebat di sisi manusia dan tuhan...
Tulislah dengan keikhlasan kerana sesuatu yang dilakukan dengan penuh keikhlasan ia akan sampai kepada pembaca dengan penuh berkesan.
Tulislah cerita dan pengajaran berlandaskan qalam tuhan dan sunnah junjungan mulia melalui kehidupan keran ianya satu medan dakwah yang berada dalam landasan..
Tulislah cerita positif kehidupan kerana ianya akan menjadi pedoman dan pengajaran

Moga kesempatan yang diberi oleh Allah digunakan sebaik-baiknya buat ku untuk aku menggali ilmu Allah yang tidak pernah berpenghujung sebgaimana dalam firmannya yang bermaksud:

"Katakanlah wahai Muhammad:" Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah tuhanku, walaupn kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan".



1 comment: