Monday, October 9, 2023

Berehat dengan tenang anakda syurga ibu..

 Pujian dan syukur kehadrat Allah swt.

Dia sebaik baik perancang pada perjalanna takdir hambaNYA. diberi sedikit ujian dan disertakan dengan kegembiraan yang lebih besar. Allah yang menciptakan keseluruhan hambaNYA , masakan Allah tidaktahu rasa hati hambaNYA...cuma Allah beri ujian dalam kadar kemampuan hambaNYA.

Seperti bukan sebuah rencana yang kita tuliskan sendiri, pasti setiap scene yang berlaku penuh dengan kejutan seperti melihat sinetron di layar television. Itulah pengalaman mengndung kali ini. Allah hadirkan satu berita gembira tatkala bulan ramadhan. Allah nak beri sesuatu yang kamu tidak nampakj kebaikannnya sekarang. Alhamdulillah mac 2023 sekali lagi garis dua berejaya diperoleh. Bukan bangga , sekadar bersyukur. Allah apa sahaja perancangan mu pada rezeki ini aku terima.

Awalnya agak risau kerana pengalaman keguguran dua kali yang sebelum ini menghantaui. Maka tahu sahaja mengandung, saya dapatkan rawatan Dr untuk ubat pebguat rahum supaya kandungan ini terjaga. Malah minggu ke 13 adalah minggu paling ditakuti kerana pengalaman mengandung yang lalu. 

April 2023, Allah rezekikan dijemput menjadi duyuffurahman pada kandungan 8 minggu. Allah, jika difikirkan diri amatlah risau....Ujian pada awalnya sebelum berangkat, kerana kepenatan, saya bleeding yang agak banya. Waktu tu hanya tawakkal sahaja boleh diungkap. Tetapi Allah takdirkan semuanya terhenti ketika saya duduk sahaja menanti flight di lapangan terbang. Alahmdulillah. Sesampai di tanah suci, semuanya berjalan lancar. Saya jafa diri berserta kandungan, saya jaga juga anak yang masih sangat kecil. Perjalanan yang sangat lancar. Allah kurniakan kesihatan yang baik...ada ratipan doa buat bakal anak, berserta dengan pengharapan dia mampu kuat dengan berkat air zam-zam.

Balik ke Malaysia, ada turun naik dan ujian yang Allah takdirkan. Tetapi selalau ibu katakan anak ibu ini survivalnya tinggi seperti ibu. dia sangat kuat mellaui hari dala kandungan dan membesar mengikut tempoh masa yang sama seperti tempoh pengiraan kandungan.

Ibu agak penat kerana ibu akan berjaga dalam tengah malam hingga ke pagi, kesan pembawakan. Siangnya dengan urusan harian. Banyak yang perlu di urus. Namun ibu selalu bercakap dengan adik supaya adik kuat.

minggu ke 22, ibu buat detail scan untuk tahu keadaan serta jantina adik. Waktu tu ibu bersyukur bila tahu adik boy. Alhamdulillah. Dah sepasang anak ibu. Ibu agak penat dengan check up kerana klinik letak syarat macam-macam, tapi keranja fikirkan semuanya sekjap, ibu lalaui juga berhadapan dengan klinik untuk check up.

Minggu ke 27, ibu rasa badan ibu penat luar biasa...Ibu rasa seperti kandungan dan cukup bulan, ibu pergi check up dan nurse detect perut ibu besar pada umur kandungan. Dia minta ibu scan di klinik. Sehariaan ibu di klinik. Scan perang tu, Dr detect air ketuban banyak, dia minta ibu datang semual hari esk. dan jumaat ibu ke KKIA Pekan. Waktu tu ibu bermonolog dengan adik...klu adik nak kluar awal pun tak pe, ibu dah rasa penat sangat...

Dr cuam scan dan beri date 18/9/2023 untuk scan semula di HTAA. Ibu pun pergi scan di HTAA, waktu tu Dr kata dah tiada degupan jantung baby. Allahu akhbar. Hanya itu sahaja yang boleh terungkap dalam bibir ibu sambil berlinangan air mata....Allah...sedih, tapi ibu redha...


Alahmdulillah, Allah hadirkan keluarga yang sangat membantu dan beri sokongan terbaik...


20/9/2023 ibu melhirkan seorang anak lelaki yang telah tidak bernyawa..

kami namakan dia Muhammad Khaidir Az Zikri bin mohamad shahrul...


buatmu anak ibu: "kita cuam terpisah alam....Ibu akan pulang dan berjumpa dengan kamu nanti. Tarik tangan ibu, kakak dan seluruh yang membantu ibu ke syurga nanti sayang....Ibu rindu untuk peluk dan ciuym kamu, cuma ibu tak dapat buat semua tu di dunia...Ibu yakin, kamu yang sangat comel tengah bermain- main di syurga..." Ibu rindu kamu sayang...


Tuesday, December 6, 2022

Pedoman kehidupan...


Gambar sekadar hiasan: Anugerah teristimewa dalam kehidupanku..Mak, atta dan khayla delisha...

Alhamdulillah....Allahumma solliy ala sayyidina Muhammad.... 


Puji dan syukur hanya pada Allah yang mah kuasa...


Jika direnung hari ini , terasa skrip kehidupan semakin ganas dengan pelbagai rahsia dan twis cerita. .. Menghadapi dan mengalami kehidupan dalam mengenal tuhan benar mencabar, tetapi segala cabaran dapat diterpis kerana ajarana agama dan mengenal Allah yang maha esa.. Benar, hidup adalah pilihan dan jalan pilihan yang paling sukar ditempuh adalah kehidupan menjadi baik. Tuhan itu maha baik dan akan terus menguji hambanya supaya nekad dan tekad terus pada jalan mendekatkan diri dengannya.

Bebrapa pedoman dan nasihat dalam kehidupan.....

Dalam menjadi baik dan membantu orang lain, jadilah ikhlas dengan seikhlas iklasnya...Buangkan sifat mengharap penghargaan manusia dan letakkan Allah sebagai matlamat...Nescaya akamu tidak akan kecewa dengan kebaikan..

Dalam berhadapan dengan manusia yang mempunyai masalah hati seperti dengki, dendam dan lain-lain...teruslah bersabar kerana mereka yang suka bercakap dibelakang akan kekal berada di belakang

Kayuh kehidupan kamu secara perlahan dan baiki diri secara konsisiten

Mohonlah pertolongan dengan Allah melalaui sabar dan solat...

Yakinlah dengan kuasa dan keajaiban solat malam yang mapu menghancurkan batu kerikil yang tajam dan keras

Ketika kamu rasa tiada manusia yang sudi menjadi pendengar buat hidup kamu, yakinlah Allah maha mendegar itu sentiasa menanti bisikan aduan, cinta dan dambaan maaf dari kamu......

Hidup ini piliha. Jika kamu berfikir terus untuk hidup dalam suasana negatif, maka kamu akan kekal di sana...Tetapi jika kamu memilih untuk hidup dalam suasana positif, kamu akan kekal dalam suasana tersebut.





Monday, November 14, 2022

Semuanya dari DIA

 Puji dan syukur kehadrat Allah swt, kerana dengan limpah kurnia, inayah dan kasih sayangnya diberi ruang nafas dalam kehidupan dunia yang pastinya sementara. Sebentar lagi kita akan dijemput pulang ke Negeri abadi dan nikmat paling hebat apabila berjumpa dengan pencipta yang maha kekal selamanya.

Lama tidak mencoret di ruangan ini, biarlah kali ini nukilan tulisan ini menjadi sebuah simpanan kenagan yang akan terus dibaca dalam melalui detik kehidupan. Syukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Adakalanya nikmat itu berupa ujian yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Nikmat rasa dan emosi yang diberi itu lah proses yang mendewasakan kita sebagai seorang manusia....Bila direnung satu per satu nikmat Allah yang banyak dalam hidup kita, rasa betapa baiknya Allah dalam memberi rasa tersebut.

12/11/2022 sekali lagi tercatat sebuah takdir yang meninggalkan sebuah rasa yang amat mendalam buat diri. Kali kedua mengalami keguguran. Ya, semua pinjaman hanya sementara, sekali Allah pinjamkan amanah diminta kita untuk menjaganya sebaikknya kemudian pulangkan kembali kepada DIA. 

Kali kedua berlaku kehilangan dalam kehidupan...Nampak di permukaan rasa dan diri tenang, tetapi kesedihan yang sangat dalam terpahat dalam diri kerana kita yang melalui setiap saat merasai diri bersama kandungan. Walaupun dia bukan wujud di dunia yang fana ini, tetapi dia hidup bersama kita dalam tempoh lebih 11 minggu dalam kandungan. 

Pelbagai rencah dan cabaran yang dilalui dalam kehidupan ini adakalanya kerana pilihan dan juga jalan takdir yang tersusun indah oleh sang pencipta. Allah yang mentakdirkan ujian dan dengan ujian itu juga dia berikan kekuatan untuk kita bangkit kembali membina kekuatan, sndaran dan harapan. 

Tidak ralat dengfan takdir tetapi datang rasa berfikur, berbaloikah kerana kepenatan dan mengejar kerjaya, kita memilih untuk hidup berjauhan daripada pasangan? Berbaloikah kita yang memilih berkorban daripada gangguan yang tidak berkesudahan? berbaloikah merasai detik kehilangan keseorangan? 

kekusutan yang perlu diminta jalan keluar dari Tuhan....

hakikat kehidupan kita perlu lalui hari ini dengan tenang walau seburuk manapun semalam.....kerana yang mengorak takdir itu adalah yang maha tahu tadbirnya...Bukankah kita minta takdir yang terbaik....? Allah sedang mengatur takdir yang terbaik dalam kehidupan kita...kayuh lah perlahan lahan sambil menimati keindahan pemandangan kini...In sha Allah dengan sebuah kepercayaan kamu akan kuat melalui masa akan datang. Dengan kepercayaan indah, kamu menerima hakikat lambaian takdir seperti air sejuk yang mengalir tenang dan nyaman dalam fikir dan hatimu...

coretang jalan kehidupan yang masuknya lembut, walau kesan kesannya besar, tetapi akhir ras itu adalah kembali kepada kehambaan dan pengharapan dari di yang mah mencipta.

Salam takziah buat penghuni ketiga rahim ibu:

Mohamad Amir Az Zikri Bin Mohamad Shahrul

Tuesday, April 6, 2021

Setahun yang berlalu

Alhamdulillah, puji dan syukur tetap pada Allah yang maha kuasa...kasih sayangnNYA luas dan tidak terbatas.. Jarang sekali ada peluang untuk menarikan papan kekunci apabila jasad sudah penat dengan rutin dan tugas harian. 

2020, tahun terkurung....

siapa menyangka tahun yang dianggap sebagai tahun untuk mencapai wawasan merupakan tahun terkurung? 

Banyak perkara yang ingin dicapai dan banyak juga cita -cita yang terbengkalai...

Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan Phd ku pada tahun 2019...

pelbagai jerih, pedih, tangis telah ku lalui..Sesungguhnya sejarah perjalanan pengajian ku ada cerita yang tersendiri.Semua yang mellaui episod pengajian pasti melalui kesukaran itu....

Terima kasih tak terhingga buat mak dan atta yang paling banyak menyokong dan mendoakan diri ini...tanpa sokongan dan doa kalian, tak pasti apa kesudahan pengajian ini....

Biar semua sejarah dan meemori tersimpan kemas dalam benak sanubari ini....Suatu masa ia akan dibuka menjadi sebuah pengajaran bermakna buat generasi...


Ilmu itu bukan membina berapa banyak niali duit...Tetapi ilmu ini membina sejuta nilai kemanusiaan..


Ya Allah berkati dan rahmati ibu bapaku..Kasihani mereka sebagaimana merek mengasihaniku dari aku kecil...


p/s : gambar tiada kaitan...


Saturday, December 21, 2019

TARIQ TRAVEL & TOURS PENIPU

Kali pertama kami sekeluarga ingin menunaikan umrah...Hati membara ingin sampai ke tanah suci...berapa lama dah doa dikumpul untuk sampai ke sana...tahun 2019, aku rasa impian sudah hampir menjadi realiti...Aku kumpul duit sedikit demi sedikit, begitu juga keluarga ku...Alhamdulillah berbekaljan usaha, penat lelah, keringat, berjaga malam dan sebagainya, kami berjaya mengumpul duit untuk ke umrah...

Bermulalah mencari pakej sehingga kami twrjumpa Tariq travel & tour sdn berhad...RUPANYA INILAH PENIPU BERTOPENGKAN JUBAH DAN NAMA ALLAH..

tarikh kami dijanji pergi adalah pada 6/6/2019 (raya kedua) bayangkan, tanpa persiapan raya tahun ni sbb kami nak pergi umrah, tiba2, 4/6/2019 dia mesej bgtau visa x lulus....KECEWA, LULUH RASA HATI..

dia kata forward ke bulan september. Kami setuju, but seconf time its happens, kami minta pulangan...

Dijanjikan pada 28/9/2019, bila sampai tarikh senangnya dia jawab x da duit, kemudian dia janji 30/11/2019... Juga tarikh kecewa..

Kami ugut untuk viral, kami diugut kembali, katanya mmg kami tak akan dapat duit seposen pun...

Kami jumpa puluhan mangsa tariq, baru kami tahu...inilah kaki penunggang agama...

JANGAN PERCAYA PADA APA 2 PROMISI TARIQ TRAVEL & TOURS.

PENGARAH URUSAN:
SALMAN FARIS HAMAT
SAPINAH YUNUS


PENIPU BESAR

Sunday, August 25, 2019

JEmput kami ke Baitullah di dunia...Jemput kami Ke syurga Mu di Akhirat kelak

Puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, yang dengan kekuasaannya mencipta, menguasai dan menetapka takdir...

Lama dan berhabuk ruangan ini sementara menanti coretan baharu...Betapa diri ini sebenarnya sangat lupa dan lalai. Coretan dan catatan ini adalah sebagai ingatan buat diri dikala lalai dan leka dengan kesibukan dunia yang sememangnya menipu..

Alhamdulillah.. Tahun 2019, merupakan tahun yang Allah susun sangat cantik buat diri... Tahun ini juga pelbagai ujian yang terpaksa dilalui..

Tahun ini akau berdoa dan berusaha untuk Allah jemput aku bersama keluarga ke Baitullah di Mekkah dan Madinah. Elok perncangan kami untuk bertolak 6 jun 2019, kuasa Allah mengatasi segalanya. Sehari sebelum penerbangan kami mendapat berita permohonan visa Umrah tidak diluluskan. Semua persediaan telah dilakukan. Allah!!!  tak dapat digambarkan kekecewaan diri...Tetapi perlu bangkit dan kuatkan keyakinan untuk menyatakan bahawa perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik buat diri....

Ya Allah, kami rindu menjadi temau mu..rindu menjadi duyufurrahman MU... Jemput kami di dunia ke tempat paling istimewa tersebut....

Jemput akau mengerjakan umrah dan haji pada usia muda

Tahun 2019 juga adalah tahun yang aku mengharap sesuatu yang besar berlaku dalam hidup. Pada perancangan ku ia kelihatan seperti mustahil..Aku ingin menamatkan zaman bujang ku...Usia sudah semakin meningkat.. 9/9/2019 usiaku memasuki 32...

Allah, aku melihat betapa hebat perancangan Allah dan ketika ini jika ada yang bertanya kepada ku, berkaitan jodoh, ku katakan kepada mereka, Allah sedang mengujiku isu ini, mohon doa semoga dipermudahkan...

Hanya satu yang aku minta pada setiap doa dan solatku...Ya Allah aku memohon keredhaan Mu dan syurga Mu dan aku inginkan syurga melalaui sebuah perkahwinan. Aku memohon jika aku mengambil keputusan untuk berkahwin, maka berilah calon jodohku seorang yang bersama sama memperbaiki diri bersedia untuk di ambil pulang.

Allah maha mengetahui, doa jodoh ini bukan sekejap.. Hampir berebelas tahun...

Suatu ketika dahulu, aku pernah meletakkan tarikh yang aku akan berkahwin pada 9/9/2009 ketika umur ku baru 22 tahun... Tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya...Allah belum mentakdirkan perkara tersebut.... Bukan tiada yang datang meminang , merisik dan sebagainya...Tetapi kerana istikharahku belum memberi jawapan yang tepat...Aku yakin dengan istikharah kerana ia petunjuk dari Allah... Kerana aku tidak meminta lain melainkan sesuatau yang menjaga agama ini...

dan aku tidak mahu membuat keputusan terburu buru kerana aku mahukan syurga dalam dan melalui perkahwinan ini...

Buat yang membaca, mohon doakan....

Aku mahu dijemput ke Baitullah Mu di Dunia, dan aku mahu dijemput ke syurgaMu di akhirat kelak...

Friday, August 11, 2017

Merdeka apabila semangat juga terbangkit

Salam Jumaat penuh barakah


11/8/2017

Hati terpanggil untuk menulis dan mengukir coretan di sini lagi...Biar pun ini hanyalah sebuah monolog dan apakalanya ia terbang begitu sahaja tanpa dibaca, tetapi berharap moga ia terus menjadi pahala apabila jasad sudah terkubur di bumi..

Syukur atas nikmat tuhan yang tidak pernah putus diberikan oleh hambanya..Tidak terkata dan tidak terbilang dengan jemari nikmat-nikmat itu semua...Biarpun ada masanya nikmat itu berselang seli dengan ujian yang hadir yang mendewasakan diri, tetapi, nikmat itu perlu disingkap dari tirai masalah moga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur..

Saat ini sudah pertengahan bulan Zulkaedah, saat ramai khaliful rahman memulakan perjalanan ada kalanya ada juga yang telah saapai memulakan ibadah di sana...Betapa bahagianya apabila jasad boleh sampai ke sebuah bumi yang diberkati. Betapa nukilan kisah anbiya' yang terbayang di minda boleh menitiskan air mata...masih terlalu kerdil diri ini mencari cerita di sebalik cerita...Walaupun ianya sebuah sejarah yang lepas yang amat jauh ditinggal kan tetapi ianya mampu untuk meninggalkan satu kesan pada hati yang sentiasa mencari jalan kebenaran.

Ia berbeza dengan sejarah yang dipelajari zaman sekolah, cerita tentang merdeka dan bagaimana menenang musuh serta bagaimana musuh menawan negara masih tidak dapat menusuk jauh ke dalam kalbu. Jiwanya masih longlai. 

Semangat perjuangan yang kuat hari ini dalam medan ilmu ini adalah kerana peristiwa sejarah di sebuah negara Anbiya' yang meninggal kesan yang cukup mendalam..

Lagi digali, lagi ditemui kebenarannya. 
lagi dibaca lagi dijiwai pesannya
lagi diamati lagi dalam pengajarannya

ia umpama cerita hidup, walaupun ianya hanya cerita sejarah kira- kira seribu empat ratus tahun yang lalu.

Beruntunglah insan-insan terpilih menjadi tetamu Allah di baitullah. Pergilah dengan seluruh jiwa dan raga, berilah seluruhnya dan pulanglah dengan seluruhnya, sama ada pulang jasad bernyawa ataupun tidak. 

Moga diri ini memperoleh peluang melangkah kai ke sana..
Hati ini terasa teramat rindu dengan tanah itu,
impian ini terlalu tinggi dengan sampainya diri di situ
Allah maha tahu apa yang terkandung dalam hati...

Moga sesaat lepas yang menjadi sejarah, kandungan saratnya penuh dengan doa dan pengharapan..Walaupun bukan hanya tarian papan kekunci yang menari dan mengungkap bait kata yang indah, tetapi dalamnya sarat dengan kandungan doa dan pengharapan... moga kita terpilih satu hari ke sana..

Kita semua ada impian ke sana!!


Norizan Yusof

Thursday, April 13, 2017

kisah pemadam dan pensil..

MARI PAKAT DENGAR KAWAN BERDUA NI DOK BALOH......
Seronok pulak baca cerita ni..😍
Perbualan antara pemadam dan pensil

📏Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu.

📏Kenapa?

✏Kerana aku benci kamu.
📏Kenapa engkau membenci aku?

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

📏Aku tidak padam melainkan yang salah!

✏Kenapa engkau sibuk?

📏Aku pemadam, ini kerjaku

✏Ini bukannya kerja!

📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.

✏Engkau salah dan sombong!

📏Kenapa?

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.

📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

📏Engkau masih bencikan aku?

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku

📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

📏Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

Sahabat-sahabatku sayang

Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

Tuesday, August 2, 2016

panas itu tak tertahan!!

pujian dan syukur buat Allah, Tuhan semesta alam..Dia Ya Malik yang memiliki segala sesuatu..tiada ada sesuatu apapun kepunyaan hambanya melainkan ia akan balik semula kepada pemilinya iaiatu Allah Rabbul 'Izzati...

Entri kali ini lebih kepada perasaan dan pengalaman yang mungkin untuk dikongsi, cataatan disini pada hamba lebih selamat untuk menjaga hati...risau-risau jika ditulis di pangkalan khalayak, hati ini lebih sukar dijaga dari riak, ujub sum'ah dan segala penyakit hati...Coretan rasa ini perlu ditulis, manalah tahu suatu hari nanti ia menjadi asbab hidayah dan taufiq buat pembaca dan moga-moga saat saya tinggalkan dunia ini, catatan ini akan menjadi oahala berterusan buat diri yang lemah dan papa...

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk solat berjemaah satu waktu lagi...kali ini waktu tengahari....Cuaca di luar amat panas!! panas terik, tetapi bila kaki melangkah sahaja memasuki ruang masjid universiti tempat menadah ilmu, kediginan pendingin hawa mula terasa...Nyaman!! diri dibuai kesejukan seketika dan dalam masa tinggal beberapa minit berbaki sebelum azan dzohor, merebut peluang qailullah seketika...Moga ia memberi tenaga sedikit bagi masa berbaki petang...

Tepat jam 1.17 azan zohor berkemunandang...segera saya bangun untuk berwuduk....air paip dibuka...saya mula membasuh tangan...semakin satu persatu anggota wuduk dibasuhi, kehangatan aiar semakin terasa, hangat bukan biasa, umpama hilter yang sedang dipanaskan, sy biarkan air berlalu seketika, mungkin dengan cara itu pnas akan reda, tetapi bila saya menjamah air tersebut terasa semakin panas dan membahang..Saya cuba untuk menyelesaikan wudu' semula...tetapi kesannnya terus saya rasakan...Anggota wudu' yang dibasuh mulai merasi pedih dan merah....selesai wudhu' saya mula menagis dan terfikir, jika sakit begini pun terasa sakit pada manusia, bagaimana pula kita suatu hari dibakar oleh api akhirat yang 70 kali lebih panas pada api dunia?? mampukah badan yang lemah tercipta daripada tanah ini menahan sakit api yang marak menyala?? sedangkan seringan-ringan seksa adalah apabila diletakkan bara di bawah kaki, maka menggelegakklah sehingga ke otak....bagaimanapula sessa ang lebih berat??

tak dapat dibayangkan.....dan tidak mahu membayangkan, jika sekadar bayangan juga ia menitiskan air mat kerana bayangan kesakitan, apatah lagi merasainya...Nauzubillahi min zalik...

terfikir juga, mengapa Allah jadikan azabnya adalah api?? dan terfikir juga mengapa Islam melarang untuk membunuh binatang menggunakan api....ruapa-rupanya, apai ini terlalu sakit!!terlalu sakit!! terlalu sakit!!...sekadar terkena sedikit juag ketika memesaka, kita telah mencari air sejuk untuk dialirkan...apatah lagi jika banyak....ataupun di azab dalam neraka....

siapakah tempat untuk kita mohon pertolongan??

pastinya Allah, pemilik sekalian alam!!.. mohonlah dengan Allah..:

Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan selamatkan lah kami dari azab seksa neraka..

Amin..

3 Ogos 2016
1.21 Pm
IIUM Library Kuantan
Gambar sekadar hiasan....
Aktiviti bermain bola api pada kem jatidiri mahasiswa

Sunday, June 26, 2016

Berehat dalam ketenangan dan pengharapan...

Segala pujian dan syukur hanya untuk Allah... Besar dan luas nikmatnya tidak mampu dihitung oleh jari jemari yang lemah...jika dikabarkan dengan kata-kat nescaya masih tidak dapat menndingi kebesarannya...

Alhamdulillah...Kesempatan dalam bulan Ramadan ini Allah memberi satu hadiah istemewa buat hambaNYA..Kesempatan Siyam dan Qiyam...Kesempatan untuk mengutuhkan perhubungan antara makhluk dengan Khaliq.

Entri kali ini, saya ingin berkongsi bersama-sama mengenai solat tarawikh yang ekslusif dilaksanakan pada bulan puasa... Mengapa ianya ekslusif dan mengapa pula ia dikatakan solat rehat-rehat.. Ia menguji kekuatan keimanan hambaNYA, Siangnya siyam, malamnya Qiyam.. Sumber Hadis keistemewaan solat tarawikh secara keseluruhan seperti berikut....

Hal ini berdasarkan hadits SHOHIH berikut ini:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلّم : « مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ »
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan (yakni sholat malam pada bulan zromadhon) karena iman dan mengharap pahala dan ridho Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. al-Bukhari no. 37 dan Muslim no. 759).
Imam Nawawi rahimahullah berkata: “Yang dimaksud qiyam Ramadhan adalah sholat Tarawih.”
Ibnul Mundzir rahimahullah menerangkan berdasarkan nash (tekstual) hadits ini bahwa yang dimaksud “pengampunan terhadap dosa-dosa yang telah lalu dalam hadits ini adalah bisa mencakup dosa besar dan dosa kecil.
Sedangkan imam An Nawawi mengatakan bahwa yang dimaksudkan pengampunan dosa di sini adalah khusus untuk dosa-dosa kecil saja. Karena dosa-dosa besar tidaklah diampuni dengan sebab melakukan amal-amal Sholih, akan tetapi hanya dengan melakukan taubah Nasuha, yakni taubah yang sempurna.
Keutamaan Kedua: 
Barangsiapa melaksanakan sholat Tarawih berjamaah bersama imam hingga selesai, maka akan dicatat baginya pahala seperti orang yang melakukan qiyamul lail semalam penuh.
Hal ini berdasarkan Hadits Shohih berikut ini:
Dari Abu Dzar rdhiyallahu anhu, bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam pernah mengumpulkan keluarga dan para sahabatnya. Lalu beliau bersabda:
إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةً
“Sesungguhnya barangsiapa yang shalat (Tarawih) bersama imam sampai ia selesai, maka ditulis untuknya pahala qiyamul lail satu malam penuh.” (HR. An-Nasai no.1605, At-Tirmidzi no.806, Ibnu Majah no.1327, dan selainnya. Dan hadits ini dinyatakan SHOHIH oleh At-Tirmidzi dan Syaikh al-Albani dalam Irwa’ Al-Gholil no. 447).
sesutau yang menyentih hati daripada Allah yang maha penyayang buat hambanya adalh dalam kesempatan leka berehat-rehat dengan DIA, di berikan kesempatan berdoa yang bersungguh-sungguh mohon keampunan serta memohon keredhaan Allah untuk syurganya yang tinggi....ditambah dengan satu doa jika dibaca Imam akan sentiasa menyebabkan air mata ini mengalir...
maksud doa tersebut berbunyi:
Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke tas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat sekalian.Ya Allah, jadikan kami dalam keimanan yang sempurna dan menyempurnakan yang difardukan oleh agama dan solat yang terpelihara dan zakat yang tertunai dan perkara-perkara yang dituntut disisiMu; Juga kami mohon kemaafanMU dan hidayahMU yang ditingkatkan, dan keduniaan dikurangkan , dan dipelihara akhirat, dan ketentuan qadak diredhai, dan semua nikmat di syukuri, dan di atas bala bencana disabari dan di bawah kemuliaan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang menyukakkan, dan telaga haud didatangi, dan di dalam syurga dimasuki, dan di atas niat yang sempurna para bidadari menjadi isteri dengan pakaian sutera indah berluskis-lukis menghias diri dan makan minum makanan dan minuman di dalam gelas/piala di syurga daripada susu dan madu yang jernih bersih, bersama-sema dengan mereka yang dikurniai nikmat terdiri daripada para Nabi, orang-orang siddiqin, orang-orang syhada dan orang-orang yang soleh.
Ya Allah jadikanlah dalam malam bulan yang mulia dan berkat ini dengan kebahagiaan yang diterima, dan janganlah jadikan kami Ya Allah dalam keadaan malang dan celaka yang tidak kami kehendaki. Wahai tuhan kami, afiatkan kami, maafkan kami. Ya Allah ampunilah kami, ibu bapa kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami dan sekalian muslimin muslimat, mukminin mukminat samaada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. 
Dan tuliskan Ya Allah selamta dan afiat atas kami dan atas mereka yang mengejarkan pekerjaan Haji, yang menetap dalam kebajikan dan memberikan khidmat sukarela daripada kaum muslimin dan dijauhi daripada kejahatan orang-orang yang zalim, dan tolonglah kami dari kaum yang kafir, wahai Tuhan yang memperkenannkan permohonan orang yang memohon kepadanya dan akhirilah kami wahai tuhan kami dengan kabaikan dari MU, wahai yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Amin..Ya Rabbal alamin...

Friday, June 10, 2016

Hati yang dekat

Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengisi dan memenuhi hati para walinya dengan kasih sayangnya, dan mengistimewakan jiwa mereka dengan memerhatikan kebesaranNYA, dan mempersiapkan sir mereka untuk menerima bahan makrifatnya, maka hati nurani mereka merasa bersukaria dalam kebun makrifatnya, dan roh mereka bersuka-suka di dalam malakutnya..

Alhamdulillah...Ramdahan datang lagi kali ini...Bulan yang sentiasa dinanti..padanya terdapat jutaan keberkatan tanda kasih sayang Allah kepada hambanya.Syukur kita terpilih melalui modul kursus ramadhan ini untuk menilai sedalam mana cinta kita kepada Allah s.w.t.Pada setiap perkara pasti ada hikmah dan keberkatan buat hamba...

Hamba yang kerdil dan hina meruntun maghfirah dan kemampuanna Mu, rahmatilah kami pada awalnya, ampunkan dosa kami pada pertengahannya dan jauhkan kami dari Azab api neraka pada akhir fasa ini...dan temukan kami dengan malam al qadr mu...yang mana engkau tentukan untuk hamba-hamba yang engkau pilih...

Ramadhan kali ini mahu kami dijadikan bulan yang memperbanyakkan amal kami, melatih dengan amalan-amalan yang lebih diredhai dan mendekatkan dengan Allah s.w.t..Selepas ramadhan ini berakhir, kami mahu menjadi abdimu yang lebih rapat dengan Mu...

kami mahu memegang definisi hamba selari dengan ilmu tasawwuf  yang didefinisikan oleh Al junaid...

1. kami ingin mengenal Allah sehingga Antara kami dengan Allah tidak ada perantara

2. Melakukan semua akhlak yang baik menurut sunnahrasulullah dan meninggalkan semua kahlak yang rendah

3. Melepas hawa nafsu mengikut sekehendak Allah.

4. Merasa tiada memiliki apa pun, juga tidak memiliki oleh sesiapapun kecuali Allah.






Sunday, May 29, 2016

Hasil ilmu adalah akhlak

Pujian dan syukur buat Allah, Tuhan yang memelihara sekalian alam, tidak ada kekurangan pada tadbirannya Malah kebesarannya semakin terbuka luas bagi hamba-hamba yang berfikir dan merenung...

Alhamdulillah, Allah pilih juga diriku untuk melihat segmen persada akhir tahfiz muda...

Perasaan yang ada ketika itu hanya tergamam dan tidak terkata apa-apa...Terpesona lantas ingatan ku mula mengimbau tentang perjalanan aku dengan Al-Quran....Aku tidak sehebat mereka, usia semuda ini tajwidnya lengkap, makhraj hurufnya masya Allah, kesungguhan dan semangatnya tidak terkata...

Satu pandangan impilisist yang diberi ilham dan hikmah untuk aku berfikir adalah perjalanan. Ku lihat bersama mereka ini ada wajah harapann dan bersama diri mereka ini ada kelebihan dan ada ujian. Mereka lalui ini semua dalam usia yang cukup muda pada perkiraan ku. Ada yang dibei kelebihan dan dapat merasai dengan hati tentang nikmatnya al -quran...

Ku lihat ada bakat melukis dan dalam masa yang sama bibir mengungkap alunan bait-bait hebat Al-Quran...Tidak tergambar betapa hebatnya mereka kerana padaku insan yang melukis ini adalah bakat seni dari dalam hati, tanpa tumpuan emosi yang tajam, hasil karya biasanya kurang menjadi, malah bila ku lihat hiburan ney melalui al-quran, aku malu sendirian, aku tidak pernah ketika seusia mereka menjadikan Al-Quran sebagai hiburan, yang ku lihat sebagai hi buran adalah semua tayangan di televesion dan semua permainan di padang.

Paling buat aku sedih tak keruan...Adalah seorang peserta yang akhirnya dinobatkan sebagai juara.....pengiraan markah oleh juri telah menobatkan dia sebagai juara untuk persaa tahfiz muda.....Aku yang melalui kehidupan sebagai pengembara ilmu, tahu bahawa sebebenarnya juri hnya sebagia perantara Allah...di sebalikknya ada usaha yang bersungguh-sungguh, di sebaliknya ada ikhtiar dari si anaka sebagai peserta, di sebalikknya ada doa dari ibu bapa sebagai sandaran dan keberkatan buat perjalanan seorang hamba, di sebalikknya ada hitungan usaha yang tidak terkira oleh pandangan mata kasar tetapi Allah jadikan sebagai keberkatan buat dirinya...di sebalikknya ada pengharapan dari hati-hati yang bergantung kukuh dengan Allah s.w.t...

Rintihan dan ratapan doa dari insan istimewa bergelar ibu ayah mana mungkin tidak didengar oleh Allah...Rutin harian yang jelas memencarkan cahaya di wajah mereka, wajah yang serat pada sebuag pengharapan buat anak untuk menjadi si penjaga Al-Quran....

Aku benar-benar melihat bagimana jika Allah ingin memberi kejayaan buat seseorang....Jalan nya cukup misteri dan tersembunyi...

Ku tahu pejalanan ini ada nilai ekplisit dan implisit, jika kombinasi kedua-dua nilai ini, ia mampu diadun membentuk sebuah kejayaan yang seimbang....

Hasilnya manusia dan persekitaran tidak akan memberi impak buat diri yang bentengnya teguh dek ilmu dan keyakinan kerana Allah...tiada pujukan markah kasihan malah tiada permainan politik yang diakukan...hnaya berserah bualta kerana Allah...

yang ini dikatakan ilmu itu membentuk akhlak bagi inan yang mengamblnya dengan jalan jujur....

Monday, May 23, 2016

Walau malu tetap meminta syurga

Walau malu tetap meminta syurga

Karya: Norizan Binti Yusof


Allah Ya Rahman,Ya Rahim, Ya Wadud..
Alirkan rasa cinta di hari aku…
Hadirkan ia bersama rasa keihlasan aku…
Aku adalah pengembara hati…
Mencari jalan abadi dan hakiki..

Rindu ini hadir…
Tika saat aku benar-benar dambakan syurga Mu
Nikmat yang indah itu mula terbayang
Berada di antara dua pohon bidara yang tidak berduri
Dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya
Dan naungan yang terbentang luas
Dan air yang tercurah
Dan buah-buahan yang banyak
Yang tidak terhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya
Dengan biadadari-bidadari indah…tidak puas mata memandang…

Sedang aku dalam lamunan rindu nan indah…
Ku hitung kembara perjalannnaku di sini…
Aku mula mengira bagaimana ibadah yang aku persembahkan ?
Ada masa dalam solat ku…jasadku berdiri…tetapi hati ku berlari…
Singgah ingatan sana dan sini…
Barang yang hilang mula di temui…
Dalam rakaat masa yang singkat…2, 3, dan 4…
Aku bermain Tarik tali…
Tak termasuk dengan solat yang aku lupai
Ku katakan sekejap lagi…
Banyak agi urusan yang perlu diberesi…
Langsung aku terlupa bahawa masa itu telah pergi
Kubisikkan dalam hati…kembalilah hati …
kembali ingat siapa pencipta kita dan bagaimana kita akan mati??
(mengeluh)
Persembahan solat ku mungkin tak bisa membantuku mengecapi syurga abadi…
Ku beralih ke lembaran lain hidupku,
Mungkin ia boleh membantu ku
Tetapi bila ku kira hasilnya
Ia boleh dihitung dengn jari
Sedekahku jarang sekali…
Setiap kali aku berfikir…jika ini yang ku beri…
Apakah baki yang akan ada buat diri??
Ku Selak halaman lain…
Bagiamana silaturahim ku…
Adakah aku berebut megutip pahala yang di beri
Memulai salam “Assalamualaikum ” jarang sekali
Apatah lagi bersalaman dan menghadiahkan senyuman….
Itukan Sunnah RasulMU!!!
Mengapa aku lupa….
Bagimana aku hendak mengaharap syurga lagi??             

Argh!!! Lagi ku hitung lagi ku temui….
Lemahnyadan kerdilnya diri ini….
Aku rindu syurga Mu…tapi aku bukan selayaknya menjadi ahli…
Tapi Ya Allh….Jangan kau Hukum Aku dalam siksa Mu yang sakit itu…

Aku takut…
Aku takut Neraka Huthamah Mu yang engkau sediakan untuk pengumpat dan Pengkeji
Api yang disediakan membakar sehingga hati sedang mereka diikat pada tiang-tiang yang panjang (Surah Humazah).
Aku takut Engaku jadikan aku pada hari pembalasan
Muka ku tunduk dan terhina..
Memasuki api yang terlalu panas….
Buah-buah tajam berduri menjadi isi perut ku..
Ku tak rasa kenyang malah bila ku rasa haus…Air panas menggelegak aku telani….
Aku takut dengan blasan Mu ini….           

Ku ubati hati dengan letakkan cita-cita tertinggi…
Aku Hamba-Mu yang tetap mahu syurga Mu yang tertinggi…
Ku bayangkan betapa indahnya…
Pada hari itu banyak muka berseri-seri
Merasa senang kerana usahanya, Dalam syurga yang tinggi
Tidak aku dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna
Di dalam nya ada mata air yang mengalir
Di dalamnya ada takhta –takhta yang ditingikan..
Dan gelas-gelak yang tersusun
Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun.

Ya Allah!! Amalanku tak sehebat para A’milin…
Jauh setara dengan para tabi’ Tabiin..
Namun Ku pohon Redha Mu Ya Allah…
Bimbinglah aku dan pimpinlah aku ke jalan cintaMu…
Sesungguhnya walau malu ku tetap meminta syurga Mu..









Istikharahlah....

Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah yang maha perkasa, lagi maha bijaksana....Miliknyalah segala kerajaan Langit dan bumi serta ia berkuasa atas segala sesuatu...

jika pasir itu mampu dihitung...nescaya kita hanya butiran pasir kecil yang rapuh serta ringan...mampu ditiup angin ke sana kemari...adakalanya....tersadai bersama pepasir lain, ada kalanya lekat di permukaan kaki yang berjalan, adakalanya dibawa bersama ombak, ada kalanya bertapak di tunggul pokok dan rating-rating yang gugur....tidak mampu mengawal diri....hanya mengikut aturan dan nasib....

manusia pun begitu....Allah jadikan istimewa dengan kurniaan akal fikiran...mampu berfikir panjang dan jauh....tetapi punya batasan....tersalah yang difikirkan diri mula menunjukkan raja yang mentahktakan diri sendiri.....Oleh itu wahyu menjadi rujukan teratas selepas minda....

namun dalam keistemewaan yang Allah berikan...Allah tambah dengan satu rasa pengabdiaan yang membuatkan diri kecil dan rasa kerdil di hadapanNYA...mengapa begitu?? kerana jika sentiasa merasa besar, manusia akan lalaui dan lupa siapa Tuhan yang disembah, manusia akan bersenang dengan kehidupan di dunia tanpa memikirkan ada waktu ia diambil pulang, bahkan mereka tidak takut dengan apa yang dikerjakan kerana mereka rasa tiada siapa yang mampu menjatuhkan hukuman....

Setiap sesuatu peraturan, hukuman, balasan adalah sebagai satu garisan yang perlu dipatuhi dan dijauhi dalam hidup.... Lantaran itu Allah menghadiahkan satu ganjaran istemewa melalaui rasulnya yang dinamakan Istikharah....

Tidak menyesal orang yang beristikharah dan tidak akan rugi orang yang musyawarah.....

Istemewa bukan?? disebalik kalimah doa yang mulia....

"Ya aku beristikharah dengan ilmu mu, mohon kekuatan dengan kekuatan Mu, sesungguhnya engkau maha mngetahu yang baik...Ya Allah jika ini baik bagi ku, agamaku juga natijahnya selepas ini maka dekatkan lah padaku, dekatkan akau pada Mu tetapi ini buruk bagi ku, agamaku, juga natijah ku selepas ini maka jauhkan dariku dan jauhkan akau darinya...tetap kan aku dengan kabaikan sperti mana yang sepatutnya dan jadikanlah ku meredahainya..."

Inilah bukti kasih sayang yang tidak mampu dihitung dan dilihat...tetapi mampu dirasai dengan nikmat berfikir.

Mari bersama kita keluar dari ruang lingkup yang kecil dan bawa bersama satu laluan perjalanan yang besar...Hakikat Allah tak pernah sesaat mebiarkan hambanya keseorangan dalam hidup, Ketika saat sukar, ketika diberi kemudahan bahkan ketika bermain dengan persoalan yang sentiasa menjadi putaran kehidupan, Allah hadiahkan peluang sebagai tanda kasih dan sayang NYA....

Ummat Islam dahulu tidak hanya beristikharah dalam urusan jodoh semata-mata tetapi dalam semua urusan kehidupan...Bukan mereka lemah, bahkan sebenarnya mereka lebih kuat apabila boleh meletakkan Allah dan pilihan Allah di depan...Persoalan tentang redha Allah dalam kehidupan sentiasa dihitung-hitung...Risau jika Allah tidak redha dalam hidup itu lebih tinggi.....

Hati sentiasa tenang....Yakin, istikharah itu bukan sahaja memberi jalan kepada penyelesaian masalah...tetapi ia adalah kombinanasi elemen untuk diri redha dengan ketentuan Allah....

Satu saat jika istikharah itu sudah mula dilupakan diri akan menjadi longlai...taku-takut kesedihan itu menguasai minda dan pemikiran sehingga mula menuding jari dan menyalaha Allah sebagai tuhan....Nauzubillah....

Ayuh mulakan langkah ini secara perlahan tetapi istiqamah dan itqan...moga ia akan kita lalui sebagai salah satu jalan dan proses tarbiyyah yang mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t..


LIKU ITU SEBENARNYA MENDEWASAKAN

Pujian dan syukur hanya untuk Allah….tiada yang selayakknya menerima pujian melainkan hanya Dia…Dia menghadirkan kematangan itu bukan melalui ujian secara kasar tetapi melalui proses yang dilalui…sejauah mana kita berusaha membentuk sabar, redha, syukur dan ikhlas…

Misi dan visi kehidupanku kini semakin jelas….Aku tahu apakah matlamat terakhir diri ku...aku kini sebagai alat untuk menyebar luas ruang dakwah dan islah..…Jika dahulu aku keliru sama ada bijak sini atau bijaksana…tetapi Allah hadirkan jawapan melalui mata hati ku untuk menilai…Aku memilih bijaksana…Jika di sini jalan yang aku pilih…gembiranya hanya singkat dan seketika…jika haluan jalan itu yang ku pilih, maka  langkahku besar, kecewa ku seketika, tangisku bersambut, derita ku ada tempat bergantung…
Kedah…adalah tempat bermula kembara hijrah ku…..Tak dinafikan pelbagai proses yang perlu aku lalui untuk membentuk personaliti…aku angguk hadis yang berbunyi...jika Allah mahukan kebaikan kepada seorang hamba, Allah akan memberikan kefahaman agama buat dirinya....Kerisauan juga tidak lengang menjangah…risau jika aku tersalah langkah…Ku dinding perjalanan dengan doa melalui surah Al-Fatihah “Tunjukkanah kami jalan yang lurus”……

Langkah ku mahu sahaja ku hayun laju, perasaan cinta akan agama dan jalan dakwah ini mula tersemai…cita-citaku, aku mahu membawa semua yang mempunyai sejarah seperti ku kembali kenal dengan pencipta, kembali mengikut syariat yang jauh ditinggalkan dalam kehidupan….Aku mahu katakana bahawa ada satu jalan yang paling bahagia di sini, jom bersama, kita meniti jalan ini  bersama…..

Ya, tak dinafikan, ia mudah apabila dilafazkan, tetapi bila dilalui ia amat sukar….Inilah perjalanan kehidupan dan pada diriku proses yang mematangkan. Tiada perkara mudah ditempa dalam hidup ini…Inilah mesej lumrah yang berbentuk ucapan selamat datang buat diri ku….Mesej ini ada sokongan kukuh melalui cerita sejarah  para anbiya dan para pendakwah…Mengapa ia sampai terlebih dahulu?? Kerna Allah ingin katakan kepada kamu….bahawa kesakitan, kelaparan, penghinaan, kutukan, makian dan cacin ini lama-lama akan membuat mu kalis dan kamu hanya bergantung kepada Allah semata-mata…..

Masya Allah, kuasa dan kekuasaanya besar, Dia Ya Bashir membenar aku melihat dengan mata, merasi saat itu….tangisan yang mengalir laju tidak terhenti apabila aku difitnah dalam jalan agama ini….Bangunan yang dikata salaing menampung telah mula membuka ruang bangunan lain...Akhirnya binaan itu mula menjadi lemah…Walau dikatakan bangunan kita sama, hakikatnya kita sedikit berbeza, kerana asalnya bangunan itu melengkapkan kini bangunan itu mula berebut siapa yang dulu dapat menunjukkan kehebatan

 yang mengikut rentak dikatakan ahli, yang tidak dikatakan penentang….Yang sefikrah ditarik ke sana…mereka menjustifikasi" kita ingin membantu"…yang teraba-raba ditinggalkan….biarlah mereka perlu mencari dahulu Hidayah Allah….

Erm…aku kini berada dalam binaan bangunan bersendirian...cuba menjadi simen, menjadi batu dan menjadi air termasuk menjadi pekakas binaan. Istilah saling memperkukuhkan tlah mula hilang, persaudaraan yang terbina awalknya kukuh kerana atas sandaran Nama Allah, sedikit goyah atas alasan sedikit yang berbeza…..

Saat itu tersenyum dalam tangisan…itu yang mampu aku lakukan…..
Ku pohon pada Allah, biar ujian yang  dirasai ini menjadi titik tolak dan penguat untuk aku sehingga ke penghujung…Aku tidak mahu kekuatan ku luntur dek kerana tidak tahan dengan tohmahan, aku tidak mahu proses ini berakhir seketika Cuma…Aku pilih untuk jadi “bijaksana”… bukan bijak sini…
Nasihat dari seorang sahabat juga ku anggap guru menguatkan langkah ku sehingga kini….
“kita yang menghidupkan aktiviti agama ini tidak perlu ke mana-mana tetapi berada di mana-mana..”
Jangan kerana
 sedikit perbezaan kita berpecah…
Islam kan mengajar umatnya bersatu….

Norizan Yusof
23/5/2016

Mhar ke syurga itu adalah keringat dan air mata
9.49 a.m

Saturday, January 30, 2016

menelusuri jalan cinta MU

pujian dan syukur buat Allah....tiada sesuatupun yang mampu dicapai tanpa izin MU....apabila engkau mengkehendaki sesuatu, hanya berkata KUN, maka jadilah ia....

denau dan ranjau telah ditempuh atas landasan perjalanan kehidupan ini...perjalanan sebenar tidak lah selicin luncuran ski di atas ais, ia umpama jalan yang penuh dengan batu-batu dan kerikil yang tajam....laluan terpaksa ditempuh untuk menikmati satu permandangan di sebuah destinasi yang abadi....iaitu syurga tempat tertinggi...ditambah lagi kenikmatan melihat zat Allahu rabbi....mahu perjalanan ini dilalui dengan hati yang hidup dan sebati dengan alunan zikir serta ingatan yang kekal abadi bahawa bahagia itu pasti dan akan tetap menghinggap kehidupan andai hati ini penuh dengan cinta dan kasih sayang yang ikhlas dan tidak bertepi....ia akan melengkapkan rasa syukur yang terbit nun jauh di sanubari...

cinta yang indah itu bukan cinta yang sentiasa diberi hadiah yang boleh disentuh,,,,tetapi cinta yang hubungannnya sentiasa ada dan wujud..ia berulang dan sentiasa ada ketukan semangat ketika diri didodoi lemah dalam iman yang mula merundum....pasti ada tolakan kuat yang menyatakan...bangkitlah!!!! perjalanan masih berbaki panjang....amat rugi jika saat kecewa panjang serta putus harapan yang dirasai....

cinta bukan belaian fizikal yang melemahkan diri...tatpi ia belaian hati yang sentiasa menimbang serta mengukur salah diri....muhasabah motivasi....ada ruang-ruang dalam diri yang perlu dibaiki....saat diberi nikmat yang tidak disangka...dalam hati sentiasa memuji kepada Zat dan diuruskan hati dengan sebaiknya...saat diri tidak punyai apa-apa.....saat itu bergantunglah dan berdoalah....

doa bukan sahaja senjata...ia meleraikan dukacita...

Cinta ini asyik....bukan dalam dunia fatarmogana...ia dalam realiti....benarlah...sesiapa yang mencintai akan dicintai....mesej-mesej cinta dalam kalimah yang agung sentiasa tersurat dan terzahir...makin dicari, makin banyak ia timbul dan menerangi diri....ia mesej cinta sejati!!!...




Demi masa....bermanfaat lah!!!


Assalamualikum w.b.t

31/1/2016

Alhamdulillah puji dan syukur buat Allah....Tiada tuhan yang layak disembah melainkan DIA...yang Maha kuasa, maha Agong Lagi Maha Penyanyang.....

Barang siaapa yang mahu cintaNYA...maka perhatian NYA akan lebih luas melalui ujian yang di beri dalam kehidupan....

Alhamdulillah....begitu pantas berlalu masa pada tahun 2016.....sebulan telah berakhir hari ini.....kita semakin pantas mengejar masa yang tak pernah berhenti dan memberi ruang rehat dalam masa....semakian penat yang dikecapi semakin kita meronta meminta masa ditambahakan lagi untuk kita meneruskan agenda kehidupan yang tidak pernah berketepian.....

Hanya insan-insan yang Allah pilih diberi hidayah akan sentiasa mengejar masa yang penuh berkat...biar setiap masa ada detik mengingat Allah, biar setiapa masa punyai kesempatan untuk melalukan sebaik-baik perkara dan biar detik masa memeberikan sedikit saat untuk melakukan toma'ninnah dalam kehidupan untuk merenung sejauah mana syukur yang dapat dilafazkan menimbang kesalahan-kesalahan diri....menimbang kadar ikhlas serta membaiki niat sebenar kerana Allah s.w.t....

Firman Allah s.w.t...

Demi masa sesungguhnya manusia itu kerugian...melainkan yang berimana dan yang beramal soleh serta yang sering manasihatai ke arah kebaikan dan kesabaran....


satu mesej yang cukup besar disampaikan kepada kita melalui satu mukjizat agong....

Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada orang lain......sesibuk manapun kita dengan kehidupan dunia, jangan diasingkan dengan agama...jangan melepaskan ruang memberitahu, menerangkan dan menghebahkan tentang kebaikan agama Islam tercinta....bawalh mesej-mesej kasih sayng yang penug ikhlas dan semailah ia ke  dalam hati-hati yang keras dan mati.....jangan sesekalai kiuta mudah menilai kehidupan seseorang serta merasakn diri sendiri kuat....Ingat!!! Jika Allah tidak izinkan, ia tidaka akan berlaku...

masakan batu yang awalnya keras pun mampu berlubang dek air yang lembut.....

misterinya hidup....ceritera kehidupan dan penerimaaan hidayan Allah itu berbeza.....manusia ini fitrahnya adalah positif...mereka mahukan perkara yang positif dan sentiasa mencari sifat positif dalam diri...semkin banyak mereka berfikir dan bertanya mengapa? mengapa?? mengapa?? Allah berikan ilham mellaui pemikiran dan hati untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran....

Jadikanlah juga diri kita ini umpama tongkat yang meberikan kekuatan kepada si pemakainya....mesej jelas yang dibawa kepada saudara dalam islah kita adalah sobar....membawa sobar ke peringkat yang tertinggi iaiatu sobarnya seorang nabi....Bagimana Allah merakam dalam surah Yusuf....kesabaran Nabi Yunus apabila dia menahan rasa sedih, duka , kecewa dan terus berdoa kepada Allah...begi tu juga sabar yang dirakamkan menjadi kekuatan seluruh nabi..bagaimana ujian yang diberikan kepada Nabi Idris,luth, Ibrahim, Nuh, Musa dan junjungan besar Muhammad s.a.w....

Tingkatan sabar ini perlu dilatih....fasa-asa ujian yang dilalui dari seari ke sehari merupakan soalannya...dan hasilnya berapa tingkat kesabaran yang mampu dibina oleh seseorang mendepani cabaran dan ujian kehidupan....

moga manfaat masa yang diperoleh digunakan sebaik mungkin untuk membawa hamba ke jalan kesabaran dan kebenaran seperti yang ditaklifkan dalam surah wal asr....

sesungguhnya Allah maha  melihat.....bah kan dia tahu kandungan hati kamu....tidak suatu pun daun yang gugur..melainkan Allah yahu bagaimana keadaan dia berputar ketika jatuh, saat dia jatuh serta bagaimana dan di mana ia jatuh.....

apatah lagi manuia...Allah maha mengetahui segala yang berada dalam diri manusia....


mohon maaf salah dan silap...moga entri ini bermanfaat buat semua...


Friday, December 11, 2015

Perancangan hamba dalam perancanggan MU...

Alhamdulilah...Pujia dan syukur buat tuhan semesta Alam...Tiada keluasaan yang lebih besar melalinkan kekuasaan dan kebesaran Allah Ya Kabir, Ya Mutakabbir...Allah yang Maha suci lagi maha bijaksana...

Mengenang langkah kehidupan, buat diri merasakan....ajaib perjalannnya...masakan tidak...kita hebat merangcang tentang hidup dan kehidupan...terlupa..perjalanna kita berada dalam perancangan yang maha Hebat...

Entri kali ini merupakan satu entri berbentuk nasihat untuk membina keyakinan...memantapkan akidah....setiap sesuatu di muka bumi ini tidak akan berlaku tanpa izin Allah...Disampaikan dalam bentuk penceritaan...

Umar menelefon ibu yang amat dirindui....

terpancar jelas wajah keriangan ibu....fikiran ibu penuh harapan...berharap kesusuahan yang dilalui mula menemui penghujung apabila anaknya berjaya mendapat panggiln temu duga...

Harapannya, moga Anakknya mendapat kerja kerajaan..Bukan apa, ramai yang berkata..Kerja kerajaan ini elaunnya banyak..ada jaminan..boleh lah membantu keluarga...

Puan Siti memberi semangat dan katanya jangan risau nak, jika Allah tentukan ini adalh jalan  yang terbaik untuk mu, pasti dia akan mudahkan..apa-apa pun, kamu lakukan yang terbaik ya...ibu sentiasa mendoakan kamu....

"In sha Allah Ibu....Umar akan lakukan sebaik mungkin...."

Kehidupan Umar sebelum ini, merupakan anak sulung kepada keluarga yang telah kematian bapa...segala harapan tergalas di bahu umar...Sehingga itu..Uma tidak punyai banyak masa untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan....Apatah lagi di Universiti...Umar juga perlu mencari pendapatan lebih untuk dihantar pulang...

Waluapun sibuk dengan rutin harian, Umar sering mengejar masa melaksanakan solat berjemaah berserta dengan amalan sunnah yang lain...Di dalam hatinya teringin sangat menjadi ummat yang sentiasa dirindui Rsulullah s.a.w....

Cirinya pendiam...tetapi mudah memulakan persahabatan....Dia mulakan dengan hati...resepinya kasih sayang....Kerana itu Umar sering disenangi oleh sahabta seprjuangan...

Bagi Umar, menjadi Hamba Allah yang sebenra adalah cita-cita yang tertinggi buat dirinya...Dalam kesibukan kerja dan pelajaran dia juaga aktyf dengan persatuan yang menganjurkan program-program berbentuk dakwah dan tarbiyyah....moga-moga dia mampu menabur sedikit jasa dalam membina anak bangsa....

Umar sentiasa menjaga sunnah hebat Rasulullah..Antanya 7 sunnah Rasulullah dalam seharian hidupnya...Teringan peanan yang pernah didengar Oleh muraabi kesayangannya mengenai sunnah ini...

7 Sunnah Hebat
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Pada Umar....apa yang penting adalah masanya digunakana  sebaiknya untuk kerja-kerja kebajikan....

Saat umar mengetahui dia mendapat panggilan temuduga kerja....hatinya bercampur baur...antara gembira dan kerisauaan....
ini slah satu hadiah buat orang tua....aku akan usahakan yang sebaik mungin...tetapi apakah Allah Redha dengan ku jika aku dipilih unt6uk jalan ini....

Hari yang dinanti telah tiba...Umar lakukan dengan sebaik mungkin...Penampilan yang kemas, keyakinan diri yang tinggi, kepetahan berkata-kata....Ibarat semuanya sempurna pada mata sahabat yang di temuduga bersama...Pada umar itu cuma sebahagian usaha...

Jika Allah takdirkan rezki, dia takkann ke mana....

Sepangjang hari menati jawapan..Umar lakukan solat hajat serta doa yang tidak putus-putus....
Tiba hari keputusan, 
Umar menefon ibunya:
"Ibu, maaf kan Umar, mungkin bukan rezeki kita...Umar dah cuba sedaya upaya...nadanya kedengaran sedih...

Ibunya berkata: "tak apa umar, mungkin bukan rezeki lagi buat diri kamu dan keluarga kita....Cuba cari kerja lain dalam masa yang sama..."

Umar merasai sedikir sedih dan kecewa...bukan kerana dia tidak berpeluang  memperoleh kerja demikian...tetapi terasa dirinya seolah-olah menghampakan harapan ibunya.....

ketika hatinya resah degan persoalan dan kesedihan dia terbaca satu artikel:

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Hatinya mulai tenang dan merasai...pasti ada hikmahnya untuk semua yang terjadi....
"Allah sedengan mendidik sifat redha ku...Allah jaga rezeki ku...munkin jika akau peroleh kerja tersebut, pasti akan terabai beberapa amalan yang sepatutnya aku laksanakan..."

Umar terus merebahkan badannya...

Sujud syukur pada Rabb NYA...





Saturday, November 7, 2015

menulislah....

"menulislah...."

moga tinta yang berjalan mampu membawa cerita yang mengetuk hati-hati...
pasti ada tautan antara hati...
jika tulisan itu benar-benar dari hati, ia akan jatuh jua ke hati....
cuba rasai dan fahami gerak hati...apa sebenarnya yang dicari??

menulislah...
tetapi ingat!!

jangan tuliskan kebaikan yang kamu lakukan terhadap orang lain...

jangan juga ditulis keburukan orang lain kepada mu...

tinggikan nilai dan harga penulisan mu....

biar ia tersergam sebagai modal dunia, untung akhirat.....

tulisan ini ilham....dari hai serta minda...
 
anugerah indah Allah ar-rahim...

epilog dunia...

Alhamdulillah...puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t...Jika dihitung segala nikmat kurniaan Allah. hakikat syukur yang terbit dari diri terlalu rendah dan sedikit...

Bait ulangan dalam surah ar-rahman, "maka nimat mana satu yang kamu dustakan??"

menjadi satu persoalan yang takut untuk dizahirkan oleh hamba yang kerdil....takut terleka seketika denga nikmat sementara berupa ujian dunia...terpedaya dengan ungkapan syukur di bibir tetapi dihati masih lalai diratah manisnya dunia...masih mengeluh dengan sedikit ujian....

entri ini dicadangkan hanya sebuah entri yang ringkas, tetapi ia akan menjadi sebuah nasihat yang tuntas buat diri....


perjalanan jauh telah dilalui
kelengkapan hidup telah dipenuhi...
jasad telah mula merasa letih dan sakit sendi-sendi....
hati masih belum temui hakikat yang dicari...
kala diri tertipu dengan hakikat duniawi...
langkah kaki semaki cepat mendaki
memerah kudrat sehari ke sehari..
terlupa agenda esok hidupkah mati??

wang seguni telah diperolehi
kehendak nafsu mula dituruti...
ditambah kemewahan satu persatu...
hakikat keperluan diselindungi dibalik kehendak...
mula mempertahan kan ini penting untuk kemajuan diri...

berdiri gagah, berjalan megah,
tanpa disedar hati mula rebah,
 meniti dunia yang tak pernah sudah....
diselubingi cerita gembira dan mimpi indah..
Aku dah dapat apa yang terindah...
sumber dunia tersergam indah..
milik aku yang berusaha tak pernah kenal lelah...

saat si papa datang menjengah..
pantas laju aku menyergah,
jangan kau hampiri aku bersama tabung sedekah
aku jutawan engkau orang terbawah...
saat hati mula merasakan hanya aku layak bermewah..
hati hitam, belas kasihan punahlah sudah...

masjid ditinggalkan perlahan demi perlahan...
saat tiba jemaah dikatakan aku jalankan sendirian..
kuliah dan tazkiran tidak dihiraukan..
ditinggalkan hati lompang dan kekosongan...
nasihat panduan mula diabaikan,
diri mula menangkis megah kenyataan
aku kan kaya....harta ini penting sebagai jaminan....

kelalaian hidup semakin terselah...
solat yaang dahulunya dijaga kini hanyalah terisi di celah..
waktu hidup dengan penuh kesibukan yang datang menerjah..
biarlah akukan sedang mencari jalan hidup yang terindah...
tidak sedar  nilai iman telah dirobek dan dibiarkan di tanah...
masih pertahankan aku kembali ke pangkal jalan  tika kedutan beribu mula menyinggah

Hati mula dihinggap gundah...
masakan riak, ujub, takkbur sum'ah
semuanya telah lengkap menjadi sirah...
ketenangan mula diganti gundah..
keyakinan mula berubah resah

perjalanku di persimpangan...
apakah aku ini masih di landasan jalan
perlu aku cukupkan atau kejar bekalan
diri diterpa dengan 1000 persoalan..

suatu saat aku mendapat pengajaran
Ali, Ahmad, Abu telah dijemput menghadap tuhan
aku takut nasib diriku yang masih lemah bekalan..
bagimana untuk akau lalui perjalanan berjumpa tuhan...

kini aku menyedari...dunia seakan satu fantasi...
aku punyai semua yang aku ingini...
tetapi..aku tidak temui ketenangan yang sejati....
keluarga yang aku banggakan telah hilang sendiri..
masing -masing membawa diri..
teman-temanku mula menyepi...
harta yang aku cari meninggalkan ku pergi....
kemewahan hidup ditarik pergi...

aku mahu pualng padaMu tuhan..
adakah engkau mahu menerima aku bersama pengakuan...
bekalan hidupku dosa mengatasi kebaikan...
hitunganku lemah dan tempang...
segala yang catik aku gunakan...
kini tinggal sisa akau persembahkan...

masihkan ada peluang..
diri lesu dengan tangisan...
mengharap belas dan kasihan
dari tuahan semester alam....
tolong...tolong....tolong...
tolong aku tuhan...aku ini hambamu yang lalai serba kekuragan....
aku perlukan pertolongan dan perhatian...

ampuan kan aku, maaf kan aku
aku ini hambamu yang kaku...
tak mampu bergerak tanpa izinmu...
apatah lagi mengaku dunia miliku...
perihal dunia cerita retorik dan palsu...
menggodak keseluruhan diri dan hidupku...

aku menyesal...aku menyesal...aku menyesal...
aku ingin kembali padamu dengan rasa kesal...
aku silap memilih dan menilai...
dunia ini bukanlah matlamat benilai
ia alat yang melalai....