Pujian dan syukur hanya untuk Allah….tiada yang selayakknya
menerima pujian melainkan hanya Dia…Dia menghadirkan kematangan itu bukan
melalui ujian secara kasar tetapi melalui proses yang dilalui…sejauah mana kita
berusaha membentuk sabar, redha, syukur dan ikhlas…
Misi dan visi kehidupanku kini semakin jelas….Aku tahu
apakah matlamat terakhir diri ku...aku kini sebagai alat untuk menyebar luas ruang dakwah dan islah..…Jika dahulu aku keliru sama ada bijak sini atau
bijaksana…tetapi Allah hadirkan jawapan melalui mata hati ku untuk menilai…Aku
memilih bijaksana…Jika di sini jalan yang aku pilih…gembiranya hanya singkat
dan seketika…jika haluan jalan itu yang ku pilih, maka langkahku besar, kecewa ku seketika, tangisku
bersambut, derita ku ada tempat bergantung…
Kedah…adalah tempat bermula kembara hijrah ku…..Tak
dinafikan pelbagai proses yang perlu aku lalui untuk membentuk personaliti…aku angguk hadis yang berbunyi...jika Allah mahukan kebaikan kepada seorang hamba, Allah akan memberikan kefahaman agama buat dirinya....Kerisauan
juga tidak lengang menjangah…risau jika aku tersalah langkah…Ku dinding
perjalanan dengan doa melalui surah Al-Fatihah “Tunjukkanah kami jalan yang
lurus”……
Langkah ku mahu sahaja ku hayun laju, perasaan cinta akan
agama dan jalan dakwah ini mula tersemai…cita-citaku, aku mahu membawa semua
yang mempunyai sejarah seperti ku kembali kenal dengan pencipta, kembali
mengikut syariat yang jauh ditinggalkan dalam kehidupan….Aku mahu katakana bahawa
ada satu jalan yang paling bahagia di sini, jom bersama, kita meniti jalan
ini bersama…..
Ya, tak dinafikan, ia mudah apabila dilafazkan, tetapi bila
dilalui ia amat sukar….Inilah perjalanan kehidupan dan pada diriku proses yang
mematangkan. Tiada perkara mudah ditempa dalam hidup ini…Inilah mesej lumrah
yang berbentuk ucapan selamat datang buat diri ku….Mesej ini ada sokongan kukuh
melalui cerita sejarah para anbiya dan
para pendakwah…Mengapa ia sampai terlebih dahulu?? Kerna Allah ingin katakan kepada
kamu….bahawa kesakitan, kelaparan, penghinaan, kutukan, makian dan cacin ini
lama-lama akan membuat mu kalis dan kamu hanya bergantung kepada Allah
semata-mata…..
Masya Allah, kuasa dan kekuasaanya besar, Dia Ya Bashir
membenar aku melihat dengan mata, merasi saat itu….tangisan yang mengalir laju
tidak terhenti apabila aku difitnah dalam jalan agama ini….Bangunan yang dikata salaing menampung telah mula membuka ruang bangunan lain...Akhirnya binaan itu mula menjadi lemah…Walau
dikatakan bangunan kita sama, hakikatnya kita sedikit berbeza, kerana asalnya bangunan itu melengkapkan kini bangunan itu mula berebut siapa yang dulu dapat menunjukkan kehebatan
yang mengikut rentak dikatakan ahli, yang tidak dikatakan penentang….Yang sefikrah ditarik ke sana…mereka menjustifikasi" kita ingin membantu"…yang teraba-raba ditinggalkan….biarlah mereka perlu mencari
dahulu Hidayah Allah….
Erm…aku kini berada dalam binaan bangunan bersendirian...cuba menjadi simen, menjadi batu dan menjadi air termasuk menjadi pekakas binaan. Istilah saling memperkukuhkan tlah mula hilang, persaudaraan yang terbina awalknya kukuh kerana atas sandaran
Nama Allah, sedikit goyah atas alasan sedikit yang berbeza…..
Saat itu tersenyum dalam tangisan…itu
yang mampu aku lakukan…..
Ku pohon pada Allah, biar ujian yang dirasai ini menjadi
titik tolak dan penguat untuk aku sehingga ke penghujung…Aku tidak mahu
kekuatan ku luntur dek kerana tidak tahan dengan tohmahan, aku tidak mahu
proses ini berakhir seketika Cuma…Aku pilih untuk jadi “bijaksana”… bukan bijak
sini…
Nasihat dari seorang sahabat juga ku anggap guru menguatkan
langkah ku sehingga kini….
“kita yang menghidupkan aktiviti agama ini tidak perlu ke
mana-mana tetapi berada di mana-mana..”
Jangan kerana
sedikit perbezaan kita berpecah…
Islam kan mengajar umatnya bersatu….
Norizan Yusof
23/5/2016
Mhar ke syurga itu adalah keringat dan air mata |
9.49 a.m
No comments:
Post a Comment