Monday, May 23, 2016

Walau malu tetap meminta syurga

Walau malu tetap meminta syurga

Karya: Norizan Binti Yusof


Allah Ya Rahman,Ya Rahim, Ya Wadud..
Alirkan rasa cinta di hari aku…
Hadirkan ia bersama rasa keihlasan aku…
Aku adalah pengembara hati…
Mencari jalan abadi dan hakiki..

Rindu ini hadir…
Tika saat aku benar-benar dambakan syurga Mu
Nikmat yang indah itu mula terbayang
Berada di antara dua pohon bidara yang tidak berduri
Dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya
Dan naungan yang terbentang luas
Dan air yang tercurah
Dan buah-buahan yang banyak
Yang tidak terhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya
Dengan biadadari-bidadari indah…tidak puas mata memandang…

Sedang aku dalam lamunan rindu nan indah…
Ku hitung kembara perjalannnaku di sini…
Aku mula mengira bagaimana ibadah yang aku persembahkan ?
Ada masa dalam solat ku…jasadku berdiri…tetapi hati ku berlari…
Singgah ingatan sana dan sini…
Barang yang hilang mula di temui…
Dalam rakaat masa yang singkat…2, 3, dan 4…
Aku bermain Tarik tali…
Tak termasuk dengan solat yang aku lupai
Ku katakan sekejap lagi…
Banyak agi urusan yang perlu diberesi…
Langsung aku terlupa bahawa masa itu telah pergi
Kubisikkan dalam hati…kembalilah hati …
kembali ingat siapa pencipta kita dan bagaimana kita akan mati??
(mengeluh)
Persembahan solat ku mungkin tak bisa membantuku mengecapi syurga abadi…
Ku beralih ke lembaran lain hidupku,
Mungkin ia boleh membantu ku
Tetapi bila ku kira hasilnya
Ia boleh dihitung dengn jari
Sedekahku jarang sekali…
Setiap kali aku berfikir…jika ini yang ku beri…
Apakah baki yang akan ada buat diri??
Ku Selak halaman lain…
Bagiamana silaturahim ku…
Adakah aku berebut megutip pahala yang di beri
Memulai salam “Assalamualaikum ” jarang sekali
Apatah lagi bersalaman dan menghadiahkan senyuman….
Itukan Sunnah RasulMU!!!
Mengapa aku lupa….
Bagimana aku hendak mengaharap syurga lagi??             

Argh!!! Lagi ku hitung lagi ku temui….
Lemahnyadan kerdilnya diri ini….
Aku rindu syurga Mu…tapi aku bukan selayaknya menjadi ahli…
Tapi Ya Allh….Jangan kau Hukum Aku dalam siksa Mu yang sakit itu…

Aku takut…
Aku takut Neraka Huthamah Mu yang engkau sediakan untuk pengumpat dan Pengkeji
Api yang disediakan membakar sehingga hati sedang mereka diikat pada tiang-tiang yang panjang (Surah Humazah).
Aku takut Engaku jadikan aku pada hari pembalasan
Muka ku tunduk dan terhina..
Memasuki api yang terlalu panas….
Buah-buah tajam berduri menjadi isi perut ku..
Ku tak rasa kenyang malah bila ku rasa haus…Air panas menggelegak aku telani….
Aku takut dengan blasan Mu ini….           

Ku ubati hati dengan letakkan cita-cita tertinggi…
Aku Hamba-Mu yang tetap mahu syurga Mu yang tertinggi…
Ku bayangkan betapa indahnya…
Pada hari itu banyak muka berseri-seri
Merasa senang kerana usahanya, Dalam syurga yang tinggi
Tidak aku dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna
Di dalam nya ada mata air yang mengalir
Di dalamnya ada takhta –takhta yang ditingikan..
Dan gelas-gelak yang tersusun
Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun.

Ya Allah!! Amalanku tak sehebat para A’milin…
Jauh setara dengan para tabi’ Tabiin..
Namun Ku pohon Redha Mu Ya Allah…
Bimbinglah aku dan pimpinlah aku ke jalan cintaMu…
Sesungguhnya walau malu ku tetap meminta syurga Mu..









No comments:

Post a Comment