Monday, November 2, 2015

Phd jalan mendekatkan diri dengan Tuhan

Puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t...Limpah dan kurnianya tidak terhitung dengan jemari yang sedikit...biarpun jutaan ungkapan syukur tidak mampu menggambarkan seluruh nikmat yang diberikan oleh Allah buat hambaNYA yang lemah dan jahil...

ketika menanti waku zohor hari ini, tiba-tiba tergerak hati untuk menulis di sini....lama juga dinding ini dibiarkan sepi...itu lah kelalian manusia seperti diri ini....

Hari ini hati saya terketuk dengan satu ketukan inspirasi dan cerita tentang seorang hamba Allah yang telah berjaya menamatkan pengajian Phd nya...buka keran level Phd yang tinggi tertapi bagaimana rutin seorang hamba dan bagimana Phd ini sebuah jalan mendekatkan diri dengan Tuhan...

Ceritanya ringkas dan mudah, Hamba Allah ini tidak menghabiskan masa berjam-jam dengan laptop dan tugasan hariannya cuma dia memilih untuk menulis ketika hatinya benar-benar tenang mengharap pada Pencipta....Paginya menadah kitab, usai dhuha dan solat hajat, beliau mulakan penulisan, zohornya mengejar peluang berjemaah dan asrnya juga begitu.....selesai asar, maka habislah peranan dirinya sebagai pelajar dalam seharian...

Hairan bukan?? ada sesetengah insan sehingga sanggup untuk korbankan waktu tidur malamnya semata-mata kerana nama pengajian dan mengejar sijil, tetapi mengapa sedemikian mudah perjalanan baginya??

Jawapannya...kekuatan dan pergantungan....

Bukan tiada liangan air mata sepanjang perjalannya, buka tiada episod sedih, duka dan lara, bukan dia tidak lalui cerita kehilangan, apatah lagi celoteh manusia yang tidak berkesudahan...

Langkahnya disedari masih panjang...perjuangan ini bukan pengakhiran...pasti akan ada liku yang lebih dalam dan sukar buat dirinya tetapi dikuatkan langkah kaki, diteguhkan hati...ingat,,tuhan sentiasa bersama orang-orang yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan....

Ketika bait zikir Ya Alim, Ya hakim, Ya Rashid dialungkan, saat diri merasa cukup kerdil, bagaimana insan yang punyai sedikit sumber mengejar kasih sayang dan ilmu tuhan? saat itu cuma tinggal pengharapan yang tinggi dan pergantungan serta mengharap diberi sedikit daripada ilmu sebagai pengajaran kehidupan, jika Allah izinkan aku untuk berada dalam landasan ilmu ini, Allah akan memudahkan urusan diriku...begitulah kata hati insan yang yakin dengan setiap perjalanan dan ketentuan.....

Saat ketika motivasi jatuh merudum bergelimpangan, diri rasa longlai seolah-olah mahu tinggalkan semua detik, mahu mencari di mana titik akhir perjalanan, semangat dengan zikir ya Bai'ts datang memberi sokongan...benar!!! iada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu....bukan berapa tingginya markah yang dinilai tetapi berapa sukarnya perjalanan itu yang menjadi ukuran....

Kejayaan ini jika disandarkan pada tempat yang sebenar, ianya akan dijadikan sebagai permulaan perjalanan bukanlah titik pengakiran....

Islam itu agama kejayaan...bukan ukuran keringat dengan wang...kepayahan, kesungguhan, tangisan dan pergantungan menjadi resepi sebuah menu bernama kejayaan....ia tidak boleh docapai oleh insan yang hanya sekerat jalan....tetapi ia boleh dirasai oleh hati yang sentiasa mengharap, menadah dari lembah serta mencari sirna dalam cahaya kehidupan....

ini laungan pertama yang kita dengan...marilah megerjakan solat dan marilah mencapai kejayaan......

Moga kita sentiasa berada dalam dalam jalan yang lurus, jalan yang diredhai, dalam agama Islam yang diredhai, Nabi Muhammad menjadi ikutan ....Mencapai kejayaan dalam landasan keimanan dan
ketaqwaan sebenar...Bukan Phd dunia yang kita cari...tetapi Phd akhirat iaitu keselamatan dan nikmat melihat zat tuhan dalam jannah yang tertinggi itu impian...

maaf atas khilaf dan kekurangan...moga tulisan ini menjadi inspirasi buat diri dan taulan....bekalan dunia dan akhir kehidupan....

Norizan Bintin Yusof

1 comment: