Tuesday, September 21, 2010

.....kerana Allah


Berkasih sayang itu adalah naluri yang Allah campakkan didalam setiap hati manusia.Bagi si Suami kasihnya pada si Isteri,Bagi si Anak kasih pada Ibu begitulah sebaliknya. Dan setiap makhluk pasti ada sang pencintanya.Itu lumrah kehidupan setiap makhluk yang Allah ciptakan .Subhanallah sungguh agung cintanya makhluk Allah itu kalau cinta dan kasih itu kerana Allah s.w.t.

Sepertimana Firman Allah s.w.t didalam surah al Fath ayat 29 Mafhumnya:

Allah berkata ,"Nabi Muhammad ialah utusan Allah.Dan orang -orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam .Sebaliknya ,mereka bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama mereka."

Jelas sekali mafhum ayat diatas Allah tidak membenarkan pada setiap hambaNya untuk bermusuhan bahkan digalakkan setiap makhluknya berkasih sayang antara satu sama lain dengan ada batasannya.Kerana dengan mengikut jalan Allah sudah pasti kita akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak sepertimana yang telah direkodkan oleh Bukhari dan Muslim:

Abu Hurairah pernah melaporkan ,Nabi Muhammad pernah berkata ," Ada tujuh kategori manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat ,dan tiada naugan yang lain selain daripada naunganNya.

1) Mereka adalah pemimpin yang adil.

2)Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah .

3)Orang yang hatinya terpaut kepada masjid.

4)Dua individu yang saling kasih mengasihani kerana Allah.Kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah.

5)Lelaki yang dipikat oleh wanita yang mempunyai status kecantikan tetapi dia berkata, 'Percayalah,saya takut kepada Allah.

6)Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya ,sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya .

7) Orang yang ingat pada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis airmatanya".

Maka untuk mendapat naunganNya nanti jadikanlah diri kita dari tujuh perkara yang dikatakan oleh Rasul Al-Amin insyallah.

(Percayalah ,pada hari kiamat nanti Allah akan berkata, 'Mana dia orang -orang yang saling kasih mengasihani demi keagunganku? Pada hari ini mereka itu akan kuberi naungan ,sedangkan pada hari ini tiada naungan kecuali naunganku.") Muslim

No comments:

Post a Comment