Tuesday, September 21, 2010

.....kerana Allah


Berkasih sayang itu adalah naluri yang Allah campakkan didalam setiap hati manusia.Bagi si Suami kasihnya pada si Isteri,Bagi si Anak kasih pada Ibu begitulah sebaliknya. Dan setiap makhluk pasti ada sang pencintanya.Itu lumrah kehidupan setiap makhluk yang Allah ciptakan .Subhanallah sungguh agung cintanya makhluk Allah itu kalau cinta dan kasih itu kerana Allah s.w.t.

Sepertimana Firman Allah s.w.t didalam surah al Fath ayat 29 Mafhumnya:

Allah berkata ,"Nabi Muhammad ialah utusan Allah.Dan orang -orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam .Sebaliknya ,mereka bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama mereka."

Jelas sekali mafhum ayat diatas Allah tidak membenarkan pada setiap hambaNya untuk bermusuhan bahkan digalakkan setiap makhluknya berkasih sayang antara satu sama lain dengan ada batasannya.Kerana dengan mengikut jalan Allah sudah pasti kita akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak sepertimana yang telah direkodkan oleh Bukhari dan Muslim:

Abu Hurairah pernah melaporkan ,Nabi Muhammad pernah berkata ," Ada tujuh kategori manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat ,dan tiada naugan yang lain selain daripada naunganNya.

1) Mereka adalah pemimpin yang adil.

2)Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah .

3)Orang yang hatinya terpaut kepada masjid.

4)Dua individu yang saling kasih mengasihani kerana Allah.Kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah.

5)Lelaki yang dipikat oleh wanita yang mempunyai status kecantikan tetapi dia berkata, 'Percayalah,saya takut kepada Allah.

6)Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya ,sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya .

7) Orang yang ingat pada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis airmatanya".

Maka untuk mendapat naunganNya nanti jadikanlah diri kita dari tujuh perkara yang dikatakan oleh Rasul Al-Amin insyallah.

(Percayalah ,pada hari kiamat nanti Allah akan berkata, 'Mana dia orang -orang yang saling kasih mengasihani demi keagunganku? Pada hari ini mereka itu akan kuberi naungan ,sedangkan pada hari ini tiada naungan kecuali naunganku.") Muslim

perempuan tak tahu memasak vs lelaki tak tahu jadi imam

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Tuesday, September 14, 2010

BERCINTA SEBELUM KAHWIN


Cinta sebelum kahwin, khususnya dari jenis ‘cinta mendalam’ apabila wujud dalam diri yang jauh dari ilmu, kenipisan iman serta pergaulan bebas adalah KUNCI Syaitan merosakkan iman. Kerosakan dengan amat mudah menyelinap masuk melalui perkataan sang pecinta, tulisannya & lebih merbahaya merasuk perbuatan mereka. Mata, telinga mereka menjadi buta dan pekak dari segala jenis nasihat baik dari manusia ramai, mereka seolah melayang di dunia berasingan. Akhirnya pemiliknya kerap tersesat di pertengahan jalan.
Kesimpulannya, ‘cinta sebelum kahwin‘ lebih banyak membawa maksiat & keburukan berbanding kebaikan buat pasangan terlibat. Tambahan iu, ia juga BUKAN merupakan punca @ sumber bagi kebahagian rumahtangga (jika dibina sekalipun). malah ia mungkin punca keberantakannya.Kerana itu di dalam Islam, jika bertunang jangan lama agar perkahwinan itu yang kekal lama. Jika bertunang jangan ber'dating' berdua-duaan kerana ia punca pasangan tidak akan setia. Zaharuddin Abd Rahmanhttp://www.zaharuddin.net/ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/857/63/

DIRIKU SEORANG WANITA







Jangan pernah sesekali berkata...
Diriku adalah umpama mawar berduri,
Tapi katakanlah,
Diriku seorang wanita yang berusaha untuk menjadi sekuntum mawar berduri..


Jangan pernah sesekali berkata...
Diriku adalah wanita solehah,
tapi katakanlah,
Diriku seorang wanita yang berusaha menjadi wanita solehah...

Jangan pernah sesekali berkata...
Diriku adalah seorang mujahidah setia,
Tapi katakanlah,
Diriku adalah seorang wanita yang berusaha menjadi mujahidah setia...


Jangan pernah sesekali berkata...
Diriku adalah wanita berakhlak mulia,
Tapi katakanlah,
Diriku adalah wanita yang berusaha untuk berakhlak mulia...

Kenapa duhai wanita...
Kerana diriku takut kau akan berhenti berusaha,
dan berdoa,
serta merasa puas dengan pujian manusia...

Ku khuatir disisi Allah,
Dirimu belum mencapai tahap itu,
Walaupun seribu insan mengatakan dirimu,
Sekuntum Mawar Berduri,
Wanita Solehah,
Mujahidah Setia,
Mahupun wanita berakhlak mulia...

Bukankah penilaian Allah terhadapmu paling utama?
Jangan dirimu harapkan pujian insan,
Harapkanlah pujian disisi Allah,
Dan penduduk langit...


Bukankah apabila Allah mencintai hamba-Nya,
Maka ia juga dicintai
Seluruh penduduk langit dan bumi?

Carilah redha Ilahi,
Jangan dicari redha manusia,
Kerana apabila redha ilahi yang dicari
Pasti manusia turut redha padamu....

Wallahua'lam..

4SHARED~

Sunday, September 5, 2010

hadis-hadis keistimewaan ramadhan

Sebanyak 15 hadis-hadis berkaitan ramadan yang menceritakan mengenai kelebihan bulan ramadan untuk rujukan bersama:

  1. Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);
  2. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-);
  3. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi);
  4. Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi);
  5. Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’d R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: ‘Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.’ (HR Bukhari);
  6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’ (H.R Muslim)
  7. Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’ (HR Bukhari)
  8. Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda: ‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)
  9. Dari Abdullah bin Umar RA. bahwa Nabi SAW. bersabda: ‘Puasa dan Al Qur’an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Dan Al Qur’an pun berkata, ‘Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Lalu syafaat keduanya diterima Allah.’( H.R Ahmad)
  10. Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
    1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
    2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
    3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
    4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
    5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’ (H.R Ahmad)
  11. Dari Jabir RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka.’ (HR Ahmad)
  12. Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)
  13. Sabda Rasulullah SAW.; ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)
  14. Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ ( Riwayat Al Baihaqi)
  15. Rasululah SAW bersabda; ‘Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa.’ ( Sahih Bukhari)

Semoga mendapat faedah dan manafaat daripada perkongsian ringkas ini. Dan mungkin juga boleh dikongsikan dengan saudara Muslimin muslimat yang lain.

sumber dan rujukan lanjut – Artikel Indahnya Ramadhan di http://www.islam.gov.my/e-rujukan/

Friday, September 3, 2010

11 GOLONGAN YANG MENDAPAT DOA PARA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal."Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai BERSAMA...

sama-sama lah kita memperbaiki diri, melakukan satu per satu perubahan.....

Wednesday, September 1, 2010

salam aidilfitri.. Maaf zahir &batin







10 nasihat imam as syafie

10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYADIRIWAYATKAN,
sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam.Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal ,mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah,membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta,berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan. Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)– membuang tabiat suka mengumpat, warak,suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)– berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya,berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis)menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.
Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan,mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan..

tanda-tanda kiamat

Hampir Tiba ^-^Ia Hampir Tiba..!
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang."- Sahih Muslim~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahanmuka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya."Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahdalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.~ memang dah nampak dah...banyak masjid cantik dibina tapi jarang2 org sembahyang
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik."Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan& perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim &sikap yang burukdalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu
6) Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidakmengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).Maka orang yang paling baikketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" -Riwayat Thabran
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainyakeadaannya seperti telanjang".~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)
10) Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialahmenggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernahkamudengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya,kerana itujauhkanlah dirimu dari mereka agar merekatidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad~ tengok kes peperangan Iraq
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim~Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjirwallahualam'...*-*

Kenangan Form 6 2006 di SMKAA







Assalamualaikum...



Untuk sahabat yang mengingati dan mengenali diri ini, semoga kita semua berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT.....






Tiba-tiba ana teringat kenangan zaman Form 6, kerana disini sebenarnya permulaan ana belajar dan cuba mengenali siapa diri Ana yang sebenar....Tabir yang ana singkap dari jendela hidup membawa ana ke satu jalan kenindahan yang tidak mampu ana ungkapkan dengan kata-kata....






Kalau ikutkan ana nak berkongsi langkah demi langkah, bait demi bait hidup ini dengan antum yang membaca, tetapi disebabkan oleh keupayaan manusia ini terlalu sedikit, ana ambil sedikit sahaja pengalamannya......






Ana nak bercerita tentang satu pengalaman kecil yang memberi impak besar dalam hidup Ana.....



Masa form 6, ana ditaklifkan menjadi ketua editor majalah...stu tanggungjawab yanga na rasa berat kerana ana tidak pernah memikul tanggungjawab seberat itu sebelum ini, namun ana percaya apabila Allah memilih melalui sahabat yang lain, Allah tahu apa yang terbaik untuk ana....Sepanjang ana pegang jawatan tersebut, ana rasa anak tak layak walaupunkeinginan untuk belajar adalah tinggi.....






Semoga ianya menjadi pengajaran berterusan untuk ana baiki skill kepimpinan ana di masa akan datang...



Lama dah menyepi

Assalamualaikum wbt....

Lama dah saya menyepi daripada blog ini disebabkan pelbagai kekangan tugas dan tanggungjawab....semoga bermula hari ini dapat saya untuk berkongsi banya lagi ilmu-ilmu Allah..... InyaAllah.....

Semoga Alllah permudahkan semua urusan dan membenarkan saya untuk explore gadget baru dalam dunia ICT ni.....