Puji dan syukur kehadrat Allah swt, kerana dengan limpah kurnia, inayah dan kasih sayangnya diberi ruang nafas dalam kehidupan dunia yang pastinya sementara. Sebentar lagi kita akan dijemput pulang ke Negeri abadi dan nikmat paling hebat apabila berjumpa dengan pencipta yang maha kekal selamanya.
Lama tidak mencoret di ruangan ini, biarlah kali ini nukilan tulisan ini menjadi sebuah simpanan kenagan yang akan terus dibaca dalam melalui detik kehidupan. Syukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Adakalanya nikmat itu berupa ujian yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Nikmat rasa dan emosi yang diberi itu lah proses yang mendewasakan kita sebagai seorang manusia....Bila direnung satu per satu nikmat Allah yang banyak dalam hidup kita, rasa betapa baiknya Allah dalam memberi rasa tersebut.
12/11/2022 sekali lagi tercatat sebuah takdir yang meninggalkan sebuah rasa yang amat mendalam buat diri. Kali kedua mengalami keguguran. Ya, semua pinjaman hanya sementara, sekali Allah pinjamkan amanah diminta kita untuk menjaganya sebaikknya kemudian pulangkan kembali kepada DIA.
Kali kedua berlaku kehilangan dalam kehidupan...Nampak di permukaan rasa dan diri tenang, tetapi kesedihan yang sangat dalam terpahat dalam diri kerana kita yang melalui setiap saat merasai diri bersama kandungan. Walaupun dia bukan wujud di dunia yang fana ini, tetapi dia hidup bersama kita dalam tempoh lebih 11 minggu dalam kandungan.
Pelbagai rencah dan cabaran yang dilalui dalam kehidupan ini adakalanya kerana pilihan dan juga jalan takdir yang tersusun indah oleh sang pencipta. Allah yang mentakdirkan ujian dan dengan ujian itu juga dia berikan kekuatan untuk kita bangkit kembali membina kekuatan, sndaran dan harapan.
Tidak ralat dengfan takdir tetapi datang rasa berfikur, berbaloikah kerana kepenatan dan mengejar kerjaya, kita memilih untuk hidup berjauhan daripada pasangan? Berbaloikah kita yang memilih berkorban daripada gangguan yang tidak berkesudahan? berbaloikah merasai detik kehilangan keseorangan?
kekusutan yang perlu diminta jalan keluar dari Tuhan....
hakikat kehidupan kita perlu lalui hari ini dengan tenang walau seburuk manapun semalam.....kerana yang mengorak takdir itu adalah yang maha tahu tadbirnya...Bukankah kita minta takdir yang terbaik....? Allah sedang mengatur takdir yang terbaik dalam kehidupan kita...kayuh lah perlahan lahan sambil menimati keindahan pemandangan kini...In sha Allah dengan sebuah kepercayaan kamu akan kuat melalui masa akan datang. Dengan kepercayaan indah, kamu menerima hakikat lambaian takdir seperti air sejuk yang mengalir tenang dan nyaman dalam fikir dan hatimu...
coretang jalan kehidupan yang masuknya lembut, walau kesan kesannya besar, tetapi akhir ras itu adalah kembali kepada kehambaan dan pengharapan dari di yang mah mencipta.
Salam takziah buat penghuni ketiga rahim ibu:
Mohamad Amir Az Zikri Bin Mohamad Shahrul