Salam Jumaat penuh barakah
11/8/2017
Hati
terpanggil untuk menulis dan mengukir coretan di sini lagi...Biar pun ini
hanyalah sebuah monolog dan apakalanya ia terbang begitu sahaja tanpa dibaca,
tetapi berharap moga ia terus menjadi pahala apabila jasad sudah terkubur di
bumi..
Syukur
atas nikmat tuhan yang tidak pernah putus diberikan oleh hambanya..Tidak
terkata dan tidak terbilang dengan jemari nikmat-nikmat itu semua...Biarpun ada
masanya nikmat itu berselang seli dengan ujian yang hadir yang mendewasakan
diri, tetapi, nikmat itu perlu disingkap dari tirai masalah moga kita menjadi
orang yang sentiasa bersyukur..
Saat
ini sudah pertengahan bulan Zulkaedah, saat ramai khaliful rahman memulakan
perjalanan ada kalanya ada juga yang telah saapai memulakan ibadah di
sana...Betapa bahagianya apabila jasad boleh sampai ke sebuah bumi yang
diberkati. Betapa nukilan kisah anbiya' yang terbayang di minda boleh menitiskan
air mata...masih terlalu kerdil diri ini mencari cerita di sebalik
cerita...Walaupun ianya sebuah sejarah yang lepas yang amat jauh ditinggal kan
tetapi ianya mampu untuk meninggalkan satu kesan pada hati yang sentiasa
mencari jalan kebenaran.
Ia
berbeza dengan sejarah yang dipelajari zaman sekolah, cerita tentang merdeka
dan bagaimana menenang musuh serta bagaimana musuh menawan negara masih tidak
dapat menusuk jauh ke dalam kalbu. Jiwanya masih longlai.
Semangat
perjuangan yang kuat hari ini dalam medan ilmu ini adalah kerana peristiwa
sejarah di sebuah negara Anbiya' yang meninggal kesan yang cukup mendalam..
Lagi
digali, lagi ditemui kebenarannya.
lagi
dibaca lagi dijiwai pesannya
lagi
diamati lagi dalam pengajarannya
ia
umpama cerita hidup, walaupun ianya hanya cerita sejarah kira- kira seribu
empat ratus tahun yang lalu.
Beruntunglah
insan-insan terpilih menjadi tetamu Allah di baitullah. Pergilah dengan seluruh
jiwa dan raga, berilah seluruhnya dan pulanglah dengan seluruhnya, sama ada
pulang jasad bernyawa ataupun tidak.
Moga
diri ini memperoleh peluang melangkah kai ke sana..
Hati
ini terasa teramat rindu dengan tanah itu,
impian
ini terlalu tinggi dengan sampainya diri di situ
Allah
maha tahu apa yang terkandung dalam hati...
Moga
sesaat lepas yang menjadi sejarah, kandungan saratnya penuh dengan doa dan
pengharapan..Walaupun bukan hanya tarian papan kekunci yang menari dan mengungkap
bait kata yang indah, tetapi dalamnya sarat dengan kandungan doa dan
pengharapan... moga kita terpilih satu hari ke sana..
Kita
semua ada impian ke sana!!
Norizan Yusof