Assalamualaikum w.b.t...
Coretan ini hanya sekadar coretan ringkas dan biasa...berharaap semoga mampu berkongsi sesuatu dengan sauadar-saudari...moaga ia menjadi modal dan nilai yang tiak pernah putus apabila saya matai kelak dan moga amalan penulisan ini menjadi inspirasi kepada pembaca untuk mendekatkan diri kepada Allah...
Alhamdulillah..puji dan syukur hanya untuk DIA, sebaik-baik dan setinggi-tinggi pujian yang tidak terhitung. Hanya Engkau sahaja yang kami sembah dan Engkau jua tempat kami memohon pertolongan...
Rentetan daripada video "saya Zarra"...saya terpanggil untuk menulis coretan dan catitan pengalaman hidup....
Saya merupakan pelajar lepaan salah sebuah Universiti tempatan, Ya!! pada awal hingga akhir pengajian universiti saya, saya mengharapkan berlaku perjalanan hidup yang lancar seperti yang diceritakan oleh orang sebelumnya terutama sekali ketika berada dalam zaman persekolahan...Jangkaan hidup ini seperti mudah...formulanya
blajar rajin-rajin--; masuk universiti---; dapat kerja--; bina kehidupan-; beli rumah dan kereta--; memiliki keluarga --; hidup tenang dan bahagia.
makin saya melaui zaman kehidupan semakin dewasa, kelihatan formula ini hanya retorik dan dongengan semata-mata...hakikat hidup tak semudah yang disangka...
(tulisan ini bukan tujuan untuk merungut atau mengeluh) tetapi ia hanya sebuah cerita untuk pengajaran kita bersama...
Tahun 2010..Secara rasminya saya menamatkan pengajian daripada Universiti. Ketika itu terfikir dengan adanya kecanggihan teknologi...maklumat dan permohonan di hujung jari, saya pun giat mencari kerja, memohon melalui mel elktronik....menanti sehingga 2 bulan lebih berharap mungkin ada pihak yang memerlukan pekerja...teratpi harapan hampa...maka saya mengubah arah mencari pengalamn dalam bidang pendidikan...Ketika itu saya menjadi guru ganti.... Masuk ke persekitaran sekolah, saya rasakan banyak perkara yang tidak kena (sikap, tingkahlaku dan akhlak guru terutamanya), tetapi siapa kita untuk mengubah sisrem yang sedia ada dibentuk..
Akhir 2010...saya membuat keputusan menyambung pengajian Sarjana...Ketika menyambung pengajian ini sebenarnya saya banyak belajar tentang hakikat kehidupan sebenarnya....saya mulakan survival saya sebagai pembantu penyelidik..kemudia sebagai jurutunjuk, guru tuisyen, dan banyak lagi kerja-kerja sama=bilan yang pernah saya buat untuk belajar tentang survival.... Bukan tentang berapa banyak kerja yang pernah saya lakukan, tetapi bagaimana keperitan minda memikirkan tentang survival serta ditambah dengan kebimbangan, masih ada kah rezeki untuk saya?? Ketika ini barulah perjalana itu baru bermula...
Saya biasa dengar tentang cerita pekerjaan yang diperoleh melalui "kabel", orang dalam dan sebagainya....Cuma kekuatan saya telah beralih bahawa proses kekuatan dalaman yang Allah beri itu lebih hebat dan lebih perlu saya depankan... Saya yakin tiada perkara yang boleh dipereoleh dengan mudah...Jika kita perolehi sesuatu itu dengan mudah, sebenarnya hakikat perjalanan dan pengalaman kita masih tipis ... Saya muala melangkah dengan kekuatan dan keyakinana yang baharu.... Saya perlu bergerak mengikut atauran roda yang Allah takdirkan buat saya...Apa yang perlu saya lakukan terus menerus hanyalah usaha yang kuat, teruskan berdoa, ganttungkan tawakkal yang tinggi kepada Allah...
Alhamdulilah...terlepas beban meikirkan bila?? bila?? bila ?? atas pembangungan kejayaan duniawi semata-mata...
Ahamdulillah, diberi ilmu serta kekuatan untk kita belajar tentang ilmu keyakinan dan belajar tentang pergantungan kita dengan tuhan...Modal-modal amalan yang diajarkan oleh guru-guru, saya lakukan....Alhamdulillah...
Melalui solat dhuha, bukan sahaja Allah beri rezeki dan keyakinan, tetapi Allah Ya Haffiz memelihara rezeki kita supaya tidak termasuk unsur-unsur yang meragukan...
Melalui amalan surah waqiah, Allah zahirkan setiap kebuntuan itu pasti akan menemui jalan keluar, Melalui amalan zikir Asma ul Husna, Allah Al-Waham maha meberi kepada hambanya, dia rindukan saat rintihan hambanya untuk meminta kepadanya, Allah Ya ghoniyyu dan mughni maha kaya dan memiliki segala kekayaan, bukan DIA tidak mampu memberi kekayaan kepada hamba NYA ini, cuma dia mahu hamba Nya ingi mencari kekayaan dalam ladandasan syariat sedekah. Saat ini juga mampu membina keikhlasan, rasa susah bersama, yang paling indah mengungkap syukur pada waktu ada dan tiada...
Bukankah tanda orang yang dicintai adalah dengan melalui ujian?? Terlupakah kita kepada ujian yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w ....
Rasulullah bersama Aisyah R.A hanya mempunyai sebiji tamar, Kemudian Rasulullah membahagikan tamar itu kepada dua bahagian, satu bahagian untuk dirinya dan satu bahagian untuk Isterinya... Aisyah yang ketika itu masih muda, telah menghabiskan bahagian tamarnya dan meminta sebahagian daripada kurma Rasulullah s.a.w..Rasulullah memberi separuh bahagian daripada tamarnya kepada Aisyah R.A dan memakan sebahagian...
Dalam kesempatan untuk mengadu kepada Allah s.w.t, Rasullulah mengadu Ya Allah aku lapar...
Maka datang malaikat pemberi rezeki datang dan dikatakan kepada Rasulullah, Ya Rasulullah ak
u malaikat yang ditugaskan untuk menjaga rezeki, jika Engkau mahukan rezeki, akau boleh menghadirkan rezeki yang enak-enak buat mu kekasih Allah...
Rasulullah menjawab "Aku mengadu bukan untuk meminta rezeki, tetapi akau mengadu kerana kesedapan mengadu kepada Allah.."
moga cerita ini mempu menjadi ikhtibar dan pengajaran terbaik buat diri kita....
Akhir kata, moral of the story
1. Hidup dan kehidupan ada 2 perkara yang berbeza...Hidup adalah cerita tentang survival menjaga nyawa manakalah kehidupan adalah tentang membina pengalaman, jati diri dan akhlak yang baik serta pergantungan kepada tuhan yang esa.
2. Usahalah sekuat mungkin dalam masa yang sama masukkanlah keyakinan dan kebergantungan setinggi mungkin...Yakinlah apa yang di takdirkan untuk kita adalah yang terbaik.
3. Mengadulah, meminta lah, merintihlah kepada Allah semata-mata, kita akan rasai ketengan, jangan sesekali kita palingkan bercerita kepada manuisa, kerana ia nya akan tinggal sebagai satu beban minda yang sentiasa diingati.
4. Kadangkala bukan semua perkara Allah bagi on the time...boleh jadi perkara yang kita minta itu tidak baik untuk diri kita ketika itu, Allah hold kan seketika...Teruskan bersabar dengan cara sabar dan mengerjalkan solat...minta secara konsisten dalam doa selepas solat..
5. Jadilah orang yang senyiasa bersyukur, supaya tidak kira jika kita berada di atas atau di bawah, kita tetap seperti biasa iaitu banyak memberi daripada banyak menerima....
6. Jangan ukur kejayaan dunia hanya pada dogma dan persfektif dunia, ukurlah ia pada sandaran Akhirat...Rebutlah Rahmat dan Redha Allah bukan pujian dan sanjungan manusia..