Monday, October 9, 2023

Berehat dengan tenang anakda syurga ibu..

 Pujian dan syukur kehadrat Allah swt.

Dia sebaik baik perancang pada perjalanna takdir hambaNYA. diberi sedikit ujian dan disertakan dengan kegembiraan yang lebih besar. Allah yang menciptakan keseluruhan hambaNYA , masakan Allah tidaktahu rasa hati hambaNYA...cuma Allah beri ujian dalam kadar kemampuan hambaNYA.

Seperti bukan sebuah rencana yang kita tuliskan sendiri, pasti setiap scene yang berlaku penuh dengan kejutan seperti melihat sinetron di layar television. Itulah pengalaman mengndung kali ini. Allah hadirkan satu berita gembira tatkala bulan ramadhan. Allah nak beri sesuatu yang kamu tidak nampakj kebaikannnya sekarang. Alhamdulillah mac 2023 sekali lagi garis dua berejaya diperoleh. Bukan bangga , sekadar bersyukur. Allah apa sahaja perancangan mu pada rezeki ini aku terima.

Awalnya agak risau kerana pengalaman keguguran dua kali yang sebelum ini menghantaui. Maka tahu sahaja mengandung, saya dapatkan rawatan Dr untuk ubat pebguat rahum supaya kandungan ini terjaga. Malah minggu ke 13 adalah minggu paling ditakuti kerana pengalaman mengandung yang lalu. 

April 2023, Allah rezekikan dijemput menjadi duyuffurahman pada kandungan 8 minggu. Allah, jika difikirkan diri amatlah risau....Ujian pada awalnya sebelum berangkat, kerana kepenatan, saya bleeding yang agak banya. Waktu tu hanya tawakkal sahaja boleh diungkap. Tetapi Allah takdirkan semuanya terhenti ketika saya duduk sahaja menanti flight di lapangan terbang. Alahmdulillah. Sesampai di tanah suci, semuanya berjalan lancar. Saya jafa diri berserta kandungan, saya jaga juga anak yang masih sangat kecil. Perjalanan yang sangat lancar. Allah kurniakan kesihatan yang baik...ada ratipan doa buat bakal anak, berserta dengan pengharapan dia mampu kuat dengan berkat air zam-zam.

Balik ke Malaysia, ada turun naik dan ujian yang Allah takdirkan. Tetapi selalau ibu katakan anak ibu ini survivalnya tinggi seperti ibu. dia sangat kuat mellaui hari dala kandungan dan membesar mengikut tempoh masa yang sama seperti tempoh pengiraan kandungan.

Ibu agak penat kerana ibu akan berjaga dalam tengah malam hingga ke pagi, kesan pembawakan. Siangnya dengan urusan harian. Banyak yang perlu di urus. Namun ibu selalu bercakap dengan adik supaya adik kuat.

minggu ke 22, ibu buat detail scan untuk tahu keadaan serta jantina adik. Waktu tu ibu bersyukur bila tahu adik boy. Alhamdulillah. Dah sepasang anak ibu. Ibu agak penat dengan check up kerana klinik letak syarat macam-macam, tapi keranja fikirkan semuanya sekjap, ibu lalaui juga berhadapan dengan klinik untuk check up.

Minggu ke 27, ibu rasa badan ibu penat luar biasa...Ibu rasa seperti kandungan dan cukup bulan, ibu pergi check up dan nurse detect perut ibu besar pada umur kandungan. Dia minta ibu scan di klinik. Sehariaan ibu di klinik. Scan perang tu, Dr detect air ketuban banyak, dia minta ibu datang semual hari esk. dan jumaat ibu ke KKIA Pekan. Waktu tu ibu bermonolog dengan adik...klu adik nak kluar awal pun tak pe, ibu dah rasa penat sangat...

Dr cuam scan dan beri date 18/9/2023 untuk scan semula di HTAA. Ibu pun pergi scan di HTAA, waktu tu Dr kata dah tiada degupan jantung baby. Allahu akhbar. Hanya itu sahaja yang boleh terungkap dalam bibir ibu sambil berlinangan air mata....Allah...sedih, tapi ibu redha...


Alahmdulillah, Allah hadirkan keluarga yang sangat membantu dan beri sokongan terbaik...


20/9/2023 ibu melhirkan seorang anak lelaki yang telah tidak bernyawa..

kami namakan dia Muhammad Khaidir Az Zikri bin mohamad shahrul...


buatmu anak ibu: "kita cuam terpisah alam....Ibu akan pulang dan berjumpa dengan kamu nanti. Tarik tangan ibu, kakak dan seluruh yang membantu ibu ke syurga nanti sayang....Ibu rindu untuk peluk dan ciuym kamu, cuma ibu tak dapat buat semua tu di dunia...Ibu yakin, kamu yang sangat comel tengah bermain- main di syurga..." Ibu rindu kamu sayang...


Tuesday, December 6, 2022

Pedoman kehidupan...


Gambar sekadar hiasan: Anugerah teristimewa dalam kehidupanku..Mak, atta dan khayla delisha...

Alhamdulillah....Allahumma solliy ala sayyidina Muhammad.... 


Puji dan syukur hanya pada Allah yang mah kuasa...


Jika direnung hari ini , terasa skrip kehidupan semakin ganas dengan pelbagai rahsia dan twis cerita. .. Menghadapi dan mengalami kehidupan dalam mengenal tuhan benar mencabar, tetapi segala cabaran dapat diterpis kerana ajarana agama dan mengenal Allah yang maha esa.. Benar, hidup adalah pilihan dan jalan pilihan yang paling sukar ditempuh adalah kehidupan menjadi baik. Tuhan itu maha baik dan akan terus menguji hambanya supaya nekad dan tekad terus pada jalan mendekatkan diri dengannya.

Bebrapa pedoman dan nasihat dalam kehidupan.....

Dalam menjadi baik dan membantu orang lain, jadilah ikhlas dengan seikhlas iklasnya...Buangkan sifat mengharap penghargaan manusia dan letakkan Allah sebagai matlamat...Nescaya akamu tidak akan kecewa dengan kebaikan..

Dalam berhadapan dengan manusia yang mempunyai masalah hati seperti dengki, dendam dan lain-lain...teruslah bersabar kerana mereka yang suka bercakap dibelakang akan kekal berada di belakang

Kayuh kehidupan kamu secara perlahan dan baiki diri secara konsisiten

Mohonlah pertolongan dengan Allah melalaui sabar dan solat...

Yakinlah dengan kuasa dan keajaiban solat malam yang mapu menghancurkan batu kerikil yang tajam dan keras

Ketika kamu rasa tiada manusia yang sudi menjadi pendengar buat hidup kamu, yakinlah Allah maha mendegar itu sentiasa menanti bisikan aduan, cinta dan dambaan maaf dari kamu......

Hidup ini piliha. Jika kamu berfikir terus untuk hidup dalam suasana negatif, maka kamu akan kekal di sana...Tetapi jika kamu memilih untuk hidup dalam suasana positif, kamu akan kekal dalam suasana tersebut.





Monday, November 14, 2022

Semuanya dari DIA

 Puji dan syukur kehadrat Allah swt, kerana dengan limpah kurnia, inayah dan kasih sayangnya diberi ruang nafas dalam kehidupan dunia yang pastinya sementara. Sebentar lagi kita akan dijemput pulang ke Negeri abadi dan nikmat paling hebat apabila berjumpa dengan pencipta yang maha kekal selamanya.

Lama tidak mencoret di ruangan ini, biarlah kali ini nukilan tulisan ini menjadi sebuah simpanan kenagan yang akan terus dibaca dalam melalui detik kehidupan. Syukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Adakalanya nikmat itu berupa ujian yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Nikmat rasa dan emosi yang diberi itu lah proses yang mendewasakan kita sebagai seorang manusia....Bila direnung satu per satu nikmat Allah yang banyak dalam hidup kita, rasa betapa baiknya Allah dalam memberi rasa tersebut.

12/11/2022 sekali lagi tercatat sebuah takdir yang meninggalkan sebuah rasa yang amat mendalam buat diri. Kali kedua mengalami keguguran. Ya, semua pinjaman hanya sementara, sekali Allah pinjamkan amanah diminta kita untuk menjaganya sebaikknya kemudian pulangkan kembali kepada DIA. 

Kali kedua berlaku kehilangan dalam kehidupan...Nampak di permukaan rasa dan diri tenang, tetapi kesedihan yang sangat dalam terpahat dalam diri kerana kita yang melalui setiap saat merasai diri bersama kandungan. Walaupun dia bukan wujud di dunia yang fana ini, tetapi dia hidup bersama kita dalam tempoh lebih 11 minggu dalam kandungan. 

Pelbagai rencah dan cabaran yang dilalui dalam kehidupan ini adakalanya kerana pilihan dan juga jalan takdir yang tersusun indah oleh sang pencipta. Allah yang mentakdirkan ujian dan dengan ujian itu juga dia berikan kekuatan untuk kita bangkit kembali membina kekuatan, sndaran dan harapan. 

Tidak ralat dengfan takdir tetapi datang rasa berfikur, berbaloikah kerana kepenatan dan mengejar kerjaya, kita memilih untuk hidup berjauhan daripada pasangan? Berbaloikah kita yang memilih berkorban daripada gangguan yang tidak berkesudahan? berbaloikah merasai detik kehilangan keseorangan? 

kekusutan yang perlu diminta jalan keluar dari Tuhan....

hakikat kehidupan kita perlu lalui hari ini dengan tenang walau seburuk manapun semalam.....kerana yang mengorak takdir itu adalah yang maha tahu tadbirnya...Bukankah kita minta takdir yang terbaik....? Allah sedang mengatur takdir yang terbaik dalam kehidupan kita...kayuh lah perlahan lahan sambil menimati keindahan pemandangan kini...In sha Allah dengan sebuah kepercayaan kamu akan kuat melalui masa akan datang. Dengan kepercayaan indah, kamu menerima hakikat lambaian takdir seperti air sejuk yang mengalir tenang dan nyaman dalam fikir dan hatimu...

coretang jalan kehidupan yang masuknya lembut, walau kesan kesannya besar, tetapi akhir ras itu adalah kembali kepada kehambaan dan pengharapan dari di yang mah mencipta.

Salam takziah buat penghuni ketiga rahim ibu:

Mohamad Amir Az Zikri Bin Mohamad Shahrul

Tuesday, April 6, 2021

Setahun yang berlalu

Alhamdulillah, puji dan syukur tetap pada Allah yang maha kuasa...kasih sayangnNYA luas dan tidak terbatas.. Jarang sekali ada peluang untuk menarikan papan kekunci apabila jasad sudah penat dengan rutin dan tugas harian. 

2020, tahun terkurung....

siapa menyangka tahun yang dianggap sebagai tahun untuk mencapai wawasan merupakan tahun terkurung? 

Banyak perkara yang ingin dicapai dan banyak juga cita -cita yang terbengkalai...

Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan Phd ku pada tahun 2019...

pelbagai jerih, pedih, tangis telah ku lalui..Sesungguhnya sejarah perjalanan pengajian ku ada cerita yang tersendiri.Semua yang mellaui episod pengajian pasti melalui kesukaran itu....

Terima kasih tak terhingga buat mak dan atta yang paling banyak menyokong dan mendoakan diri ini...tanpa sokongan dan doa kalian, tak pasti apa kesudahan pengajian ini....

Biar semua sejarah dan meemori tersimpan kemas dalam benak sanubari ini....Suatu masa ia akan dibuka menjadi sebuah pengajaran bermakna buat generasi...


Ilmu itu bukan membina berapa banyak niali duit...Tetapi ilmu ini membina sejuta nilai kemanusiaan..


Ya Allah berkati dan rahmati ibu bapaku..Kasihani mereka sebagaimana merek mengasihaniku dari aku kecil...


p/s : gambar tiada kaitan...


Saturday, December 21, 2019

TARIQ TRAVEL & TOURS PENIPU

Kali pertama kami sekeluarga ingin menunaikan umrah...Hati membara ingin sampai ke tanah suci...berapa lama dah doa dikumpul untuk sampai ke sana...tahun 2019, aku rasa impian sudah hampir menjadi realiti...Aku kumpul duit sedikit demi sedikit, begitu juga keluarga ku...Alhamdulillah berbekaljan usaha, penat lelah, keringat, berjaga malam dan sebagainya, kami berjaya mengumpul duit untuk ke umrah...

Bermulalah mencari pakej sehingga kami twrjumpa Tariq travel & tour sdn berhad...RUPANYA INILAH PENIPU BERTOPENGKAN JUBAH DAN NAMA ALLAH..

tarikh kami dijanji pergi adalah pada 6/6/2019 (raya kedua) bayangkan, tanpa persiapan raya tahun ni sbb kami nak pergi umrah, tiba2, 4/6/2019 dia mesej bgtau visa x lulus....KECEWA, LULUH RASA HATI..

dia kata forward ke bulan september. Kami setuju, but seconf time its happens, kami minta pulangan...

Dijanjikan pada 28/9/2019, bila sampai tarikh senangnya dia jawab x da duit, kemudian dia janji 30/11/2019... Juga tarikh kecewa..

Kami ugut untuk viral, kami diugut kembali, katanya mmg kami tak akan dapat duit seposen pun...

Kami jumpa puluhan mangsa tariq, baru kami tahu...inilah kaki penunggang agama...

JANGAN PERCAYA PADA APA 2 PROMISI TARIQ TRAVEL & TOURS.

PENGARAH URUSAN:
SALMAN FARIS HAMAT
SAPINAH YUNUS


PENIPU BESAR

Sunday, August 25, 2019

JEmput kami ke Baitullah di dunia...Jemput kami Ke syurga Mu di Akhirat kelak

Puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, yang dengan kekuasaannya mencipta, menguasai dan menetapka takdir...

Lama dan berhabuk ruangan ini sementara menanti coretan baharu...Betapa diri ini sebenarnya sangat lupa dan lalai. Coretan dan catatan ini adalah sebagai ingatan buat diri dikala lalai dan leka dengan kesibukan dunia yang sememangnya menipu..

Alhamdulillah.. Tahun 2019, merupakan tahun yang Allah susun sangat cantik buat diri... Tahun ini juga pelbagai ujian yang terpaksa dilalui..

Tahun ini akau berdoa dan berusaha untuk Allah jemput aku bersama keluarga ke Baitullah di Mekkah dan Madinah. Elok perncangan kami untuk bertolak 6 jun 2019, kuasa Allah mengatasi segalanya. Sehari sebelum penerbangan kami mendapat berita permohonan visa Umrah tidak diluluskan. Semua persediaan telah dilakukan. Allah!!!  tak dapat digambarkan kekecewaan diri...Tetapi perlu bangkit dan kuatkan keyakinan untuk menyatakan bahawa perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik buat diri....

Ya Allah, kami rindu menjadi temau mu..rindu menjadi duyufurrahman MU... Jemput kami di dunia ke tempat paling istimewa tersebut....

Jemput akau mengerjakan umrah dan haji pada usia muda

Tahun 2019 juga adalah tahun yang aku mengharap sesuatu yang besar berlaku dalam hidup. Pada perancangan ku ia kelihatan seperti mustahil..Aku ingin menamatkan zaman bujang ku...Usia sudah semakin meningkat.. 9/9/2019 usiaku memasuki 32...

Allah, aku melihat betapa hebat perancangan Allah dan ketika ini jika ada yang bertanya kepada ku, berkaitan jodoh, ku katakan kepada mereka, Allah sedang mengujiku isu ini, mohon doa semoga dipermudahkan...

Hanya satu yang aku minta pada setiap doa dan solatku...Ya Allah aku memohon keredhaan Mu dan syurga Mu dan aku inginkan syurga melalaui sebuah perkahwinan. Aku memohon jika aku mengambil keputusan untuk berkahwin, maka berilah calon jodohku seorang yang bersama sama memperbaiki diri bersedia untuk di ambil pulang.

Allah maha mengetahui, doa jodoh ini bukan sekejap.. Hampir berebelas tahun...

Suatu ketika dahulu, aku pernah meletakkan tarikh yang aku akan berkahwin pada 9/9/2009 ketika umur ku baru 22 tahun... Tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya...Allah belum mentakdirkan perkara tersebut.... Bukan tiada yang datang meminang , merisik dan sebagainya...Tetapi kerana istikharahku belum memberi jawapan yang tepat...Aku yakin dengan istikharah kerana ia petunjuk dari Allah... Kerana aku tidak meminta lain melainkan sesuatau yang menjaga agama ini...

dan aku tidak mahu membuat keputusan terburu buru kerana aku mahukan syurga dalam dan melalui perkahwinan ini...

Buat yang membaca, mohon doakan....

Aku mahu dijemput ke Baitullah Mu di Dunia, dan aku mahu dijemput ke syurgaMu di akhirat kelak...

Friday, August 11, 2017

Merdeka apabila semangat juga terbangkit

Salam Jumaat penuh barakah


11/8/2017

Hati terpanggil untuk menulis dan mengukir coretan di sini lagi...Biar pun ini hanyalah sebuah monolog dan apakalanya ia terbang begitu sahaja tanpa dibaca, tetapi berharap moga ia terus menjadi pahala apabila jasad sudah terkubur di bumi..

Syukur atas nikmat tuhan yang tidak pernah putus diberikan oleh hambanya..Tidak terkata dan tidak terbilang dengan jemari nikmat-nikmat itu semua...Biarpun ada masanya nikmat itu berselang seli dengan ujian yang hadir yang mendewasakan diri, tetapi, nikmat itu perlu disingkap dari tirai masalah moga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur..

Saat ini sudah pertengahan bulan Zulkaedah, saat ramai khaliful rahman memulakan perjalanan ada kalanya ada juga yang telah saapai memulakan ibadah di sana...Betapa bahagianya apabila jasad boleh sampai ke sebuah bumi yang diberkati. Betapa nukilan kisah anbiya' yang terbayang di minda boleh menitiskan air mata...masih terlalu kerdil diri ini mencari cerita di sebalik cerita...Walaupun ianya sebuah sejarah yang lepas yang amat jauh ditinggal kan tetapi ianya mampu untuk meninggalkan satu kesan pada hati yang sentiasa mencari jalan kebenaran.

Ia berbeza dengan sejarah yang dipelajari zaman sekolah, cerita tentang merdeka dan bagaimana menenang musuh serta bagaimana musuh menawan negara masih tidak dapat menusuk jauh ke dalam kalbu. Jiwanya masih longlai. 

Semangat perjuangan yang kuat hari ini dalam medan ilmu ini adalah kerana peristiwa sejarah di sebuah negara Anbiya' yang meninggal kesan yang cukup mendalam..

Lagi digali, lagi ditemui kebenarannya. 
lagi dibaca lagi dijiwai pesannya
lagi diamati lagi dalam pengajarannya

ia umpama cerita hidup, walaupun ianya hanya cerita sejarah kira- kira seribu empat ratus tahun yang lalu.

Beruntunglah insan-insan terpilih menjadi tetamu Allah di baitullah. Pergilah dengan seluruh jiwa dan raga, berilah seluruhnya dan pulanglah dengan seluruhnya, sama ada pulang jasad bernyawa ataupun tidak. 

Moga diri ini memperoleh peluang melangkah kai ke sana..
Hati ini terasa teramat rindu dengan tanah itu,
impian ini terlalu tinggi dengan sampainya diri di situ
Allah maha tahu apa yang terkandung dalam hati...

Moga sesaat lepas yang menjadi sejarah, kandungan saratnya penuh dengan doa dan pengharapan..Walaupun bukan hanya tarian papan kekunci yang menari dan mengungkap bait kata yang indah, tetapi dalamnya sarat dengan kandungan doa dan pengharapan... moga kita terpilih satu hari ke sana..

Kita semua ada impian ke sana!!


Norizan Yusof